Assalamualaikum.
gambar ihsan dari google
Percaya atau tidak inilah realiti yang berlaku sekarang.
Tapi mungkin juga perkara ni berlaku kepada keluarga yang berpendapatan sederhana dan ke bawah.
Apa yang berlaku?
Kebanyakan rumah2 sekarang banyak pinggan mangkuk dan cawan percuma yang boleh didapati apabila kita membeli produk tertentu.
Sebagai contoh apabila kita membeli produk seperti colgate, nestle dan sebagainya, nanti diaorang bagi pinggan atau cawan percuma bagi menarik perhatian pembeli.
Adakah ini salah?
Tentunya tidak, malahan jimat.
Selesa pun ya.
haha
Bukannya apa, buat apa la nak gunakan pinggan mahal2
masa makan.
kalau pecah, rasa rugi la pulak.
Tapi apabila tetamu datang ke rumah, mula la kita kelam kabut cari pinggan dan cawan yang kita simpan di almari.
huhu
Malu la kononnya,
Almaklum la, kena la layan tetamu dengan baik.
tak de la nanti diaorang cakap
'pinggan colgate je ko bagi aku'
haha
Kalau aku, aku suka kumpul cawan dari McDonald.
Walaupun tak semua aku kumpul,
tapi reka bentuk cawan dia, buat aku selesa nak minum.
huhu
kalau pecah pun tak kisah, sebab benda tak mahal kan, cuma double cheese burger die je yang mahal..
huk3
Pinggan mangkuk percuma ni kadang2 tak berapa nak percuma sebab harga produk tu naik sikit dari harga yang asal.
tapi tetap tak mahal sangat la kan.
Pape pun, tak salah nak gunakan pinggan atau cawan percuma tu.
kadang2 kualitinya pun bagus.
Asalkan murah dan selesa.
betul tak?
huhu
11 comments:
Wah! Hang ni mesti pantang nampak kalau ada jual barang dapat percuma pinggan mangkuk, mesti hang beli.. HAHA
Btw, tp betoi jugak apa yg hang cakap.. ;)
MySuaraBlog: Dulu Lelaki Tapi Kini Wanita?
wahhh...nice entri.. saya pun kadang2 (lebih dari kadang2) suka beli produk2 yang ada percuma pinggan ke, cawan ke, beg kitar semula ke....sebab menarik..huhu..
hehe..setuju..
echa pun ada 1 gelas upin ipin..beli thn lepas..hahaha..
better bersederhana drpd show off..
heee..
regarding tetamu datang then baru nak guna pinggan elok tu so true. it happens all the time :D
Zwan: mesti la beli kan, murah2...haha
aien: tq, barang2 mcm ni mmg kdng2 menarik perhatian.
echa: hehe...btol2..jgn nak menunjuk2
dhiya: yup, mmg tradisi, huhu
Betul3 ! Hdup ni guna yg murh2 dh la. Biar sderhana je. Huhu. Jimat2. hehe
yup...sederhana lbih baik
terasa nie.. sy suka kumpul cwn free.. terutama dr nesvita ^^
hehe...anda tidak keseorangan k...:p
Haaa laa.. Beli mhl2 pajtu pecah.. Mau meroyan nk bli lg.. La stu set pecah stu cacatla jdnye~ Hehehe~
yup, btol3...so mari beli colgate...hehe
Post a Comment