Saturday, April 17, 2010

Musim Peperiksaan

Assalamualaikum...

Nampaknya musim peperiksaan telah bermula. Time2 mcm ni la kita dapat lihat pelajar2 ke hulu ke hilir membawa buku (huhu). X kisah la ape jua cara yang korang buat untuk belajar, semoga korang semua berjaya menghadapi musim peperiksaan yang penuh mencabar ini. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya atau omputihnya good luck kepada budak2 Uitm seluruh Malaysia, terutamanya budak2 BAS1C Uitm Melaka dan x lupa juga kepada member2ku di UiTM Kedah. Semoga kita semua berjaya dan jangan lupa untuk mendoakan kejayaan kita bersama. Insya-Allah......

Saturday, April 3, 2010

Cool Ke???

Assalamualaikum...

ADAKAH ANDA KATA INI COOL???



TIDAK

KERANA

'MEREMPIT KE MASJID BARU COOL'



Isu mengenai rempit bukan lagi isu baru di Malaysia. Perkara ini sudah berlarutan buat sekian lamanya. Bukannya, tiada tindakan daripada pihak berkuasa, tetapi hal ini susah dibendung kerana sikap manusia yang 'x makan saman'. Selain itu, faktor-faktor seperti kurang didikan daripada ibu bapa terutamanya didikan agama turut menjadi faktor penyumbang gejala ini sukar diatasi. Cerita-cerita mengenai rempit sudah banyak di siarkan melaui drama dan filem bagi menyedarkan mat-mat rempit tetapi apa yang berlaku??? makin ramai anak-anak muda yang terikut-ikut dan bercita-cita menjadi mat rempit. Ada yang menjadikan merempit ini sebagai kerja part time mereka. Cerita-cerita yang berunsur rempit pulak mendapat keuntungan yang berganda...mcm mne 2???hehe... Bukankah bagus kalau kita merempit (berlumba-lumba) ke masjid kerana


"Seandainya manusia mengetahui keutamaan panggilan azan dan shaf awal kemudian tidaklah mereka mampu mendapatkannya kecuali dengan mencabut undi. Pastilah mereka mencabut undi dan seandainya mereka mengetahui keutamaan bersegera menuju ke masjid nescaya mereka akan berlumba-lumba dan seandainya mereka megetahui keutamaan sepertiga malam yang awal dan subuh, nescaya mereka akan datang kepadaku walaupun dengan merangkak"
Riwayat Bukhari Muslim

Sama-sama kita renungkan hadis di atas. Adakah kita ingin berlumba-lumba mengejar ganjaran pahala atau pun berlumba-lumba mengejar benda yang tidak berfaedah??? Renungkanlah, berfikirlah, dan kerjakanlah apa yang Allah (S.W.T) telah amanahkan kepada kita kerana setiap apa yang Allah (S.W.T) suruh kita kerjakan, pasti ada kebaikan dan ganjaran pahala yang tersirat disebalik suruhan tersebut.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...