Sunday, July 3, 2011

Stephen Chow versi Malaysia

Assalamualaikum...

Anda kenal dengan Stephen Chow?
Aku memang minat mamat ni.
Komedi dia bersahaja, membuat kita tak kering gusi melihat telatahnya.

Pernah tengok lakonan dia dalam King of Beggars?

ni la gambar dia dalam citer tu

Apa yang aku nak citer kat sini, 
aku pernah jumpa 2 orang muka selekeh macam dia dekat area2 kawasan bandar.

Orang Pertama:

Aku jumpa dekat BSN.
Muka die memang selekeh, dengan janggut yang tebal dan berseluar pendek.
Memang agak serupa sikit macam stephen chow, cume die berjanggut je.
Tapi jangan tengok pada paras rupa ye.
Sekali dia keluar kan wallet dia,
Perhhh, penuh beb, aku rase smua duet 50 tu.
Aku yang duet tak seberapa ni hanya boleh memandang dengan kagum.
hehe

Orang Kedua:

Yang ni aku jumpa dekat masjid.
Muka memang selekeh, seluar dengan baju koyak2. Seksi beb.
Agak berbau jugak rasenya.
Aku ternampak dia tengah pegang duet. Banyak jugak la.
Tau apa dia buat?
Dia masukkan sehelai demi sehelai duet tu
dekat dalam tabung masjid.
Perhhhh, aku pun malu beb tengok keadaan macam tu.
Kita yang smart2, wangi2 ni pun susah nak derma dekat masjid. 

Pengajarannya, janganlah kita menilai orang tu dengan paras rupa. Mungkin orang tersebut hanya merendah diri, tak nak tunjuk kemewahan. Mungkin jugak mereka memang susah tapi ada yang tak lupa untuk menderma. Tak semua manusia tu jahat. Rambut sama hitam tapi hati lain2. Oleh itu jangan lah kita bersangka buruk terhadap seseorang tanpa mengetahui dan mengenali orang tersebut.
PEACE NO WAR!!!
hehe

17 comments:

Ahmad sharulnIezam said...

btol2.. setuju dgn anda.. jgn menilai orng dari luar.. kadang kala orng yg cntek, yg smart, yg nmpak sempurna tu hanya cntek di luar je..

Awan said...

yup, kena mengenali btol2 org tersebut

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

skang ni ada gak rambut yg x hitam..

syrupmasin said...

beto tuh awan..terharu aku..errr..asal pulak aku nih :D

RedVixen said...

derma la walaupun seringgit. tak luak pun aku rasa. kalau derma kat 5 orang baru 5 ringgit. kalau berkemampuan derma la banyak sikit. sekurang2nya kita membantu. asalkan niat iklas.

Siti Suriani said...

derma sikit apa salahnyer..

kalo topup xsyg lak an.haha


:)


http://misssabrinaa.blogspot.com/

kokser kokdam said...

poket penuh, da bahagio..

haha

^baju kurung^ said...

betol2.. jgn pndang luaran semata2

echaRierie said...

betul2..setuju sgt..pernah jgk nampak org mcm ni.. :D

Caythrine Amanda said...

setuju...jgn pndg luaran semata2...

fadh leyanie said...

selalunya..org yg selekeh2 yg banyak duit..berbanding ngn org yang bergaya..:P
jangan pandang sebelah mata.

Siti Arfah said...

Nice entri. Setuju . Luaran xmncerminkan dalaman. :)

ZWAN SABRI said...

Btol tu btol..
dont judge book by its cover,, ;)

sara zainol said...

sokong ayt kamu tu..rambut sama hitam,tp hati manusia lain lain. kita xdpt baca hati manusia. hee so jgn la menilai seseorg itu dr luaran. kenalilah dia dr dlman.(hati)

Atiqah Wadiah said...

sukerr stephen chow..hensem :)

Liyana Zahim said...

So dun judge a book by its kulit.. =))

Diary oF Mine said...

betol.. kdg2 org cmni lg baik dari orang yg nampak perfect d luar... hehe... jgn tgk org dari luaran kan... nice!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...