Friday, November 11, 2011

Hari ini 11.11.11

Assalamualaikum.


Hari ni ramai yang kecoh dekat facebook.
Ada yang suka tarikh hari ni.
Ada yang cakap ini hanya sekadar tarikh.
Walau apa pun
hari ni hari jumaat.
Banyak2 la berselawat ke atas Nabi Muhammad (S.A.W)

Sebut pasal tarikh ni.
Ramai juga memilih tarikh ni untuk di ijab kabul kan.
letih la pekerja dekat jabatan pendaftaran nak daftarkan pengantin2 baru  ni.
huhu.

Dalam pada tu,
hati ni terkilan sikit sebab cerita feberet
vampires diaries hanya akan disambung pada 5/1/2012
lama tu...adoiii
nasib baik ada cerita back up,
chuck!!!
tu pun da season finale..
adoi!!!
kalau la aku xfollow kedua2 cerita ni dari season 1...

Wednesday, November 9, 2011

Cuti Seminggu Deh!!!

Assalamualaikum


Cuti seminggu telah bermula...
Permulaan cuti bermula dengan keseronakan memakan rendang ayam dan sambal udang.
Pertengahan cuti bermula dengan assginment yang nampak macam tak banyak tapi memeningkan.
Arghhhhhhhh!!!!!!
Malasnya nak buat....
(kata2 student yang biasa didengar)

Kita tinggalkan dulu kerja.
La ni, aku nak sembang kosong ckit.
Maklumlah dah lama tak update.
Macam2 perkara berlaku.
Aku da tak aktif berbloging macam dulu.
Dah tak rajin nak blog walking.

Apa yang aku tau, member aku Zwan Sabri ada masuk contest.
huhu.
sorang lagi member, mat Saleh sama je macam aku jarang update, huhu
tapi dia ada update ckit2 daripada aku...

itu je la yang bisa gue ngomong buat masa ni.
Sekian





Sunday, October 16, 2011

HUK3

Assalamualaikum




Sem baru da lama bermula.
Tak sangka sem ni sibuk sangat.
Mood nak update blog telah berlalu pergi.
Adakah ini satu titik noktah?

Wednesday, September 21, 2011

Akhirnyaa

Assalamualaikum...

Akhirnya dapat jugak update kat blog ni.
hari ni hari yang istimewa buat diriku.
Nak tau?
Tak payah kot.
hehe

Bila da lama x on9 ni,
macam2 benda berlaku.
Facebook berubah wajah lagi..
Adoi..
Antara yang baru,
Kita komen kat status orang or status sendiri 
akan disiarkan di sebelah kanan.
Hmm
banyak kena teroka lagi ni.

Hari ni jugak dapat pergi ke Water World.
Menjerit2 bersama rakan2.
huhu
Trimas kerana membawa aku bersama.

Cukuplah setakat ni nak rehat dahulu..
Penat jugak ni.
(senyum)

Tuesday, September 13, 2011

Tergendala

Assalamualaikum...

Sesi meng'update' blog ini akan tergendala.
Ini kerana laptopku perlu di format semula.
Harap pembaca dapat bersabar.

BAJET RAMAI PEMINAT!!!
huhu

Harap dipermudahkan segala urusan.

Saturday, September 10, 2011

Dah nak Abes Cuti

Assalamualaikum.

Nampaknya cuti dah nak abes.
Tak sabar nak jumpe kawan2.
Ada yang rasa berat nak datang kampus balik.
Bagi aku, bagus jugak cuti dah habis.
Aku xtau nak buat ape lagi ni.
Tapi bila dapat assignment dan test.
Mulalah merengek nak cuti.
huhu.

Pape pun selamat kembali pelajar lama!!!!
dan
Selamat datang kepada pelajar baru


Tuesday, September 6, 2011

Musim raya lagi ke?

Assalamualaikum...

Lamanya tak update blog ni.
Raya lagi ke?
Ramai yang dah mula bekerja.
Mood kerja mesti belum datang kan.
Cuti aku pun dah nak abes.
Tak tau la seronok ke tak bila cuti nak abes ni.
Kalau duduk rumah je bosan jugak kan?
Pape pun hidup mesti diteruskan.

Kepada yang bekerja,
Selamat bekerja.
Kepada yang bersekolah,
Selamat kembali ke sekolah.
Kepada yang nak pulang ke kampus,
Selamat kembali belajar.
DAN
kepada semua,
Selamat Hari Raya...


Tuesday, August 30, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum.

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut 
Hari Raya Aidilfitri
Kepada rakan2 blogger semua.
dan juga kepada sesiapa yang mengenali diri ini.

Di bulan syawal ini,
diharap anda semua dapat berhati2 di jalan raya.
Yang dah besar tu jangan beratur nak duet raya.
Tidak lupa juga pesanan dari saya,
jangan makan sangat ye!!!
tak elok.
HUHU

Sunday, August 28, 2011

Mari Pulun Mengemas

Assalamualaikum.

Lagi 2 hari nak raya.
Time2 macam ni mula pulun habis-habisan mengemas rumah.
Habuk yang dulu tak kelihatan tiba2 kelihatan.
Bila sibuk mengemas 
mulalah jumpa barang yang da lama tak jumpa.
Tapi bagus juga ada semangat gotong-royong.
 Kerja berat menjadi senang.
Tapi sakit pinggang juga dibuatnya.
Walau apa pun,
Kesimpulannya,
BILA RUMAH BERSIH HATI PUN SENANG!!!

Friday, August 26, 2011

Tazkirah Ringkas

Assalamualaikum

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.

Dari Abu Hurairah r.a. - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca 'Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur'an". “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya”. (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy)

Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga.." (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras).

Wallahualam

Thursday, August 25, 2011

Entri oh Entri

Assalamualaikum.


Baru2 ni aku tengok traffic aku semakin meningkat ke satu entri ni.
Entri ni bukan la 1 entri baru sebab aku tulis entri ni bulan july yang lalu.
nak tau entri apa?
Ni link dia


Tahu la dah nak RAYA kan.
Mungkin mereka mencari reka bentuk baju melayu yang baru.
tapi sayang entri aku tu bukan entri ke arah itu
tapi sekadar picisan biasa.
Maaf ye.
(senyum)

Wednesday, August 24, 2011

Tuesday, August 23, 2011

Ok Lambat

Assalamualaikum


Sebagai Blogger yang masih terkial-kial dalam dunia blog ni,
aku telah ke peringkat percubaan mengubah blog ni.
(amende la tatabahasa aku ni?)

Walaupun belum sampai ke tahap puas hati,
tapi boleh la dari xde kan?
huhu

Sigh~
sape la yang boleh duduk sebelah aku dan ajar
aku benda2 macam ni.
Sangat siput (perlahan) dalam hal2 macam ni.
HUHU

Sunday, August 21, 2011

Ketagihan

Assalamualaikum...



Musim perpindahan pemain bola sepak
semakin hampir ke penghujungnya.
Mula2 dulu sekadar mengisi masa lapang meng'update' pemain baru
yang akan menyarung jersi Chelsea.
Lama kelamaan aku semakin ketagih.
Setiap hari tak sah kalo tak tau berita perpindahan.
Adoiiii

Mana taknye, tak tau nak wat ape lagi tok mengisi masa lapang.
HMMMM

Thursday, August 18, 2011

Tamparan diri

Assalamualaikum.

Hari berganti hari

Masa berganti masa.

Siang berganti malam

Amat susah diriku ini untuk mengupdate blogku ini.

Maklum la, tido tak menentu.

Emosi nak mengupdate pun tak menentu.

Bleh plak macam tu kan?

huhu

Mana tak emosi laptop ni ada masalah la pulak.

Banyak benda yang hilang.

Google Chrome tak bleh bukak.

Nak tulis entri ni pun susah 

sebab butang Enter ni macam problem je...

Adoi...


Sunday, August 14, 2011

Pertanyaan Ringkas

Berat tak nak bukak blog bile ada widget kat atas tu?

Sekian...


Saturday, August 13, 2011

Mukabuku oH Mukabuku

Assalamualaikum.


Facebook dah tak macam dulu.
Macam2 perubahan telah berlaku.
dari chatboxnya sampai la ke wallnya.
Sampaikan orang nak post entri kat wall group pun dia nak tunjukkan.
Penuh wall ngan notification aku.
HaHa
Akhirnya, diri ini yang malas nak explore benda2 kat dalam Facebook,
telah menggigihkan diri mencari cara2 nak hilangkan or hide benda yang tak perlu.
Lambat betul kan aku tau bende2 macam ni?
Dulu email aku penuh mesej dari facebook je.
Sekarang tak lagi setelah jari aku mulai rajin meng'explore' apa yang ada di facebook ni.

Ada satu lagi yang aku perasan kelainan di Facebook ni berbanding zaman dulu.
Dulu sebab utama aku suka mengenai facebook ni adalah 
kerana user menggunakan nama sebenar mereka.
Siap nama bapa lagi.
Sekarang macam2 nama ada.
Pencinta Wanita la, President Ketapang la, Penggali kubur la. ape la. 
Tak kurang juga yang memendekkan nama,
Zaleha jadi leha, Sufian jadi pian.
(tapi ni ok la dari tukar terus nama)
Walaupun x semua tapi ramai gak yang buat.
Biasalah, zaman berubah...

Friday, August 12, 2011

Tazkirah Ringkas


7 golongan lelaki yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Wallahualam

Wednesday, August 10, 2011

Monday, August 8, 2011

Seniman Kita

Assalamualaikum.

Bila dengar lagu2 yang aku masukkan kat HP ni, 
terdengar pulak lagu Tan Sri S.M Salim dengan Zainal Abidin ni.


Serius lagu2 Tan Sri S.M Salim ni memang best.
Lagu2 beliau banyak berunsur nasihat.
Suara beliau pun best, memang unik.
Aku penah try karaoke lagu ni dulu,
memang xsedap la sebab memang suara xseberapa.
HUK3
Lagipun kelunakan suara Tan Sri S.M Salim memang sukar dicari ganti.
Susah nak bawak lagu irama macam ni.


Selain menyanyi, beliau juga seorang yang kelakar.
Teringat dulu2, ada dengar kaset (bukan cd) konsert beliau berduet dengan artis2 Malaysia,
beliau akan membuat lawak selepas nyanyi lagu.
Memang terhibur la 
HUHU


Sekarang ni berita tentang beliau jarang di dengar.
Mungkin beliau sudah uzur sekarang ni.
Harap keadaan beliau sihat la hendaknya.

Sekian...


Saturday, August 6, 2011

Kanak2 Riang Ria

Assalamualaikum.

macam biasa gambar ihsan google

Kanak di Surau dan Masjid bukanlah pemandangan yang asing bagi kita.
Telatah mereka kadang2 boleh membawa ketawa dan kegeraman.
huhu

Semalam, aku nampak ada sorang budak ni mata dia kuyu gile menahan mengantuk.
Tapi dia tetap bangun nak solat.
baguih betol.

Membawa kanak di masjid ni ada kebaikan dan risikonya.
Yang baiknya, ia akan mendidik mereka untuk lebih dekat dengan masjid.
Yang buruknya, diaorang ni suka main2.

Depan ayah diaorang sopan je.
Bila da start solat terawih mulalah curi2 keluar.
huhu
Ada yang berbual, ada yang main kejar2, ada jugak yang main mercun.

Yang main mercun ni satu hal.
Terperanjat aku dibuatnya.
Naseb baik aku bukan Imam.
Imam kat tempat aku ni 'steady' je.
xtau la dalam hati kan.
Harap2 baiklah hendaknya.
huhu

Friday, August 5, 2011

Gangster la sangat kan~

Assalamualaikum



Jalan punya jalan kat internet
terjumpa video ni.
Walaupun rata2 diaorang tiru dialog KL Gangster
tapi
diaorang berjaya menukar sedikit dialog dengan baik sekali.
ENJOY!!!!

Thursday, August 4, 2011

Jangan Tidur Lagi

Assalamualaikum...



Kepala terasa berat bila banyak tidur ni.
Bila banyak tidur, mula la mimpi bukan2.
Yang paling hebat, kucing aku pun boleh masuk dalam mimpi aku.
Ternyata mereka membawa pengaruh besar dalam hidup aku.
HOHO.

Oleh itu, jangan banyak tidur.
Bulan puasa ni banyak2 kan beribadat.
Walaupun tidur itu pun satu ibadah.
Tapi kalau "alamak terlebih sudah" 
boleh mengurangkan pahala puasa.
Betol x?

So?
Selamat Berpuasa.
hehe

Wednesday, August 3, 2011

Sunday, July 31, 2011

Sehari sebelum Ramadhan

Assalamualaikum...

Tipu la kalau tak kenal siapa dia kan.

Insya-Allah, esok kita akan mula berpuasa.
Teringat masa kecik2 dulu,
Ayah cakap masa ni la kena makan puas2, lepas ni sebulan tak ley makan siang.
So, dulu memang la aku makan puas2.
Bila da besar baru sedar yang kalau kita makan puas2 pun bukan boleh tahan sebulan.
Nanti dia keluar jugak kan.
Keluar mana?
Pikir sendiri k
haha

Biasa la kecik2 kan.
Mudah percaya.
huhu

Pape pun,
SELAMAT BERPUASA 
semoga ibadah kita diterima olehNya.
amin...

Friday, July 29, 2011

Complain

Assalamualaikum.



Semalam Chelsea fc telah mengemukan bantahan atau complain mereka terhadap Malaysian FA.
Apa yang mereka complain?
Mereka complain pasal salah seorang player mereka telah di 'booo' ketika perlawanan antara Malaysia dan Chelsea tempoh hari.
Player tersebut ialah Yossi Benayoun iaitu pemain antarabangsa israel.
Mereka mengemukan bantahan mereka kerana beranggapan penyokong bersifat racist.

Sebagai penyokong chelsea aku nak cakap sikit kat penyokong tempoh hari.
Apa yang aku nak cakap ialah:

Bagus!!!
haha

Jangan nak salahkan penyokong la kan.
Rata2 yang datang pun memang penyokong Chelsea.
Mereka patut salahkan israel yang menindas Palestin. 
Confirm2 la rakyat Malaysia ni pro-Palestin.
So, biarkan je diaorang buat complain.
Complain kita pasal Palestin pun xde orang nak amek peduli.
So, Benayoun jangan nak salahkan penyokong plak.
salahkan negara dan bangsa anda.
Untung kena 'booo' je.
nasib baik tak kena baling pisang
huhu

P/S:

Wednesday, July 27, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #7


2 megapixels lagi huhu

Tuesday, July 26, 2011

Ayam oh Ayam

Assalamualaikum.

sebelum


selepas

Saje nak tanya soalan yang bukan2 hari ni.
Anda suka ayam yang digoreng atau ayam yang dicampur dalam lauk
(betul ke x ayat aku ni? maklum la xpandai masak)

Ada ayam yang dicampur dalam lauk tu memang dah digoreng sebelum di masukkan dalam lauk  tapi rasenya pasti lain kan?

Persoalan ni timbul beberapa hari yang lalu bila aku lebih berselera tengok ayam goreng berbanding ayam rendang.
huhu

Saturday, July 23, 2011

Pinggan Mangkuk Percuma

Assalamualaikum.


gambar ihsan dari google

Percaya atau tidak inilah realiti yang berlaku sekarang.
Tapi mungkin juga perkara ni berlaku kepada keluarga yang berpendapatan sederhana dan ke bawah.
Apa yang berlaku?
Kebanyakan rumah2 sekarang banyak pinggan mangkuk dan cawan percuma yang boleh didapati apabila kita membeli produk tertentu.
Sebagai contoh apabila kita membeli produk seperti colgate, nestle dan sebagainya, nanti diaorang bagi pinggan atau cawan percuma bagi menarik perhatian pembeli.

Adakah ini salah?
Tentunya tidak, malahan jimat.
Selesa pun ya.
haha

Bukannya apa, buat apa la nak gunakan pinggan mahal2
masa makan.
kalau pecah, rasa rugi la pulak.

Tapi apabila tetamu datang ke rumah, mula la kita kelam kabut cari pinggan dan cawan yang kita simpan di almari.
huhu
Malu la kononnya,
Almaklum la, kena la layan tetamu dengan baik.
tak de la nanti diaorang cakap
'pinggan colgate je ko bagi aku'
haha

Kalau aku, aku suka kumpul cawan dari McDonald.
Walaupun tak semua aku kumpul,
tapi reka bentuk cawan dia, buat aku selesa nak minum.
huhu
kalau pecah pun tak kisah, sebab benda tak mahal kan, cuma double cheese burger die je yang mahal..
huk3

 Pinggan mangkuk percuma ni kadang2 tak berapa nak percuma sebab harga produk tu naik sikit dari harga yang asal.
tapi tetap tak mahal sangat la kan.

Pape pun, tak salah nak gunakan pinggan atau cawan percuma tu.
kadang2 kualitinya pun bagus.
Asalkan murah dan selesa.
betul tak?
huhu


Friday, July 22, 2011

Laptop

Assalamualaikum

gambar sekadar di pinggiran

Dulu kemain nak laptop sendiri.
Impian dah tertunai bila tabung dah dipecahkan.
Tapi sekarang nak buat apa dengan laptop cuti2 ni?
Nak main game yang best susah pulak sebab laptop kurang canggih.
Xde graphic card katanya.
Maklum lah laptop budget.
huhu
Asyik online bosan jugak.
So?
Nak baling?
Sayang oooo.
Walau apa pun, laptop amat berguna bila time2 yang diperlukan contohnya time kena wat assignment.
Haih!!!
Nak tanya sikit,
Anda buat apa dengan laptop anda?


P/s: Ini tanda2 orang kebosanan masa cuti 
dan
Tertekan dengan aksi hambar Chelsea 
menentang Malaysia
(senyum)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...