Tuesday, August 30, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum.

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut 
Hari Raya Aidilfitri
Kepada rakan2 blogger semua.
dan juga kepada sesiapa yang mengenali diri ini.

Di bulan syawal ini,
diharap anda semua dapat berhati2 di jalan raya.
Yang dah besar tu jangan beratur nak duet raya.
Tidak lupa juga pesanan dari saya,
jangan makan sangat ye!!!
tak elok.
HUHU

Sunday, August 28, 2011

Mari Pulun Mengemas

Assalamualaikum.

Lagi 2 hari nak raya.
Time2 macam ni mula pulun habis-habisan mengemas rumah.
Habuk yang dulu tak kelihatan tiba2 kelihatan.
Bila sibuk mengemas 
mulalah jumpa barang yang da lama tak jumpa.
Tapi bagus juga ada semangat gotong-royong.
 Kerja berat menjadi senang.
Tapi sakit pinggang juga dibuatnya.
Walau apa pun,
Kesimpulannya,
BILA RUMAH BERSIH HATI PUN SENANG!!!

Friday, August 26, 2011

Tazkirah Ringkas

Assalamualaikum

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.

Dari Abu Hurairah r.a. - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca 'Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur'an". “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya”. (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy)

Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga.." (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras).

Wallahualam

Thursday, August 25, 2011

Entri oh Entri

Assalamualaikum.


Baru2 ni aku tengok traffic aku semakin meningkat ke satu entri ni.
Entri ni bukan la 1 entri baru sebab aku tulis entri ni bulan july yang lalu.
nak tau entri apa?
Ni link dia


Tahu la dah nak RAYA kan.
Mungkin mereka mencari reka bentuk baju melayu yang baru.
tapi sayang entri aku tu bukan entri ke arah itu
tapi sekadar picisan biasa.
Maaf ye.
(senyum)

Wednesday, August 24, 2011

Tuesday, August 23, 2011

Ok Lambat

Assalamualaikum


Sebagai Blogger yang masih terkial-kial dalam dunia blog ni,
aku telah ke peringkat percubaan mengubah blog ni.
(amende la tatabahasa aku ni?)

Walaupun belum sampai ke tahap puas hati,
tapi boleh la dari xde kan?
huhu

Sigh~
sape la yang boleh duduk sebelah aku dan ajar
aku benda2 macam ni.
Sangat siput (perlahan) dalam hal2 macam ni.
HUHU

Sunday, August 21, 2011

Ketagihan

Assalamualaikum...



Musim perpindahan pemain bola sepak
semakin hampir ke penghujungnya.
Mula2 dulu sekadar mengisi masa lapang meng'update' pemain baru
yang akan menyarung jersi Chelsea.
Lama kelamaan aku semakin ketagih.
Setiap hari tak sah kalo tak tau berita perpindahan.
Adoiiii

Mana taknye, tak tau nak wat ape lagi tok mengisi masa lapang.
HMMMM

Thursday, August 18, 2011

Tamparan diri

Assalamualaikum.

Hari berganti hari

Masa berganti masa.

Siang berganti malam

Amat susah diriku ini untuk mengupdate blogku ini.

Maklum la, tido tak menentu.

Emosi nak mengupdate pun tak menentu.

Bleh plak macam tu kan?

huhu

Mana tak emosi laptop ni ada masalah la pulak.

Banyak benda yang hilang.

Google Chrome tak bleh bukak.

Nak tulis entri ni pun susah 

sebab butang Enter ni macam problem je...

Adoi...


Sunday, August 14, 2011

Pertanyaan Ringkas

Berat tak nak bukak blog bile ada widget kat atas tu?

Sekian...


Saturday, August 13, 2011

Mukabuku oH Mukabuku

Assalamualaikum.


Facebook dah tak macam dulu.
Macam2 perubahan telah berlaku.
dari chatboxnya sampai la ke wallnya.
Sampaikan orang nak post entri kat wall group pun dia nak tunjukkan.
Penuh wall ngan notification aku.
HaHa
Akhirnya, diri ini yang malas nak explore benda2 kat dalam Facebook,
telah menggigihkan diri mencari cara2 nak hilangkan or hide benda yang tak perlu.
Lambat betul kan aku tau bende2 macam ni?
Dulu email aku penuh mesej dari facebook je.
Sekarang tak lagi setelah jari aku mulai rajin meng'explore' apa yang ada di facebook ni.

Ada satu lagi yang aku perasan kelainan di Facebook ni berbanding zaman dulu.
Dulu sebab utama aku suka mengenai facebook ni adalah 
kerana user menggunakan nama sebenar mereka.
Siap nama bapa lagi.
Sekarang macam2 nama ada.
Pencinta Wanita la, President Ketapang la, Penggali kubur la. ape la. 
Tak kurang juga yang memendekkan nama,
Zaleha jadi leha, Sufian jadi pian.
(tapi ni ok la dari tukar terus nama)
Walaupun x semua tapi ramai gak yang buat.
Biasalah, zaman berubah...

Friday, August 12, 2011

Tazkirah Ringkas


7 golongan lelaki yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Wallahualam

Wednesday, August 10, 2011

Monday, August 8, 2011

Seniman Kita

Assalamualaikum.

Bila dengar lagu2 yang aku masukkan kat HP ni, 
terdengar pulak lagu Tan Sri S.M Salim dengan Zainal Abidin ni.


Serius lagu2 Tan Sri S.M Salim ni memang best.
Lagu2 beliau banyak berunsur nasihat.
Suara beliau pun best, memang unik.
Aku penah try karaoke lagu ni dulu,
memang xsedap la sebab memang suara xseberapa.
HUK3
Lagipun kelunakan suara Tan Sri S.M Salim memang sukar dicari ganti.
Susah nak bawak lagu irama macam ni.


Selain menyanyi, beliau juga seorang yang kelakar.
Teringat dulu2, ada dengar kaset (bukan cd) konsert beliau berduet dengan artis2 Malaysia,
beliau akan membuat lawak selepas nyanyi lagu.
Memang terhibur la 
HUHU


Sekarang ni berita tentang beliau jarang di dengar.
Mungkin beliau sudah uzur sekarang ni.
Harap keadaan beliau sihat la hendaknya.

Sekian...


Saturday, August 6, 2011

Kanak2 Riang Ria

Assalamualaikum.

macam biasa gambar ihsan google

Kanak di Surau dan Masjid bukanlah pemandangan yang asing bagi kita.
Telatah mereka kadang2 boleh membawa ketawa dan kegeraman.
huhu

Semalam, aku nampak ada sorang budak ni mata dia kuyu gile menahan mengantuk.
Tapi dia tetap bangun nak solat.
baguih betol.

Membawa kanak di masjid ni ada kebaikan dan risikonya.
Yang baiknya, ia akan mendidik mereka untuk lebih dekat dengan masjid.
Yang buruknya, diaorang ni suka main2.

Depan ayah diaorang sopan je.
Bila da start solat terawih mulalah curi2 keluar.
huhu
Ada yang berbual, ada yang main kejar2, ada jugak yang main mercun.

Yang main mercun ni satu hal.
Terperanjat aku dibuatnya.
Naseb baik aku bukan Imam.
Imam kat tempat aku ni 'steady' je.
xtau la dalam hati kan.
Harap2 baiklah hendaknya.
huhu

Friday, August 5, 2011

Gangster la sangat kan~

Assalamualaikum



Jalan punya jalan kat internet
terjumpa video ni.
Walaupun rata2 diaorang tiru dialog KL Gangster
tapi
diaorang berjaya menukar sedikit dialog dengan baik sekali.
ENJOY!!!!

Thursday, August 4, 2011

Jangan Tidur Lagi

Assalamualaikum...



Kepala terasa berat bila banyak tidur ni.
Bila banyak tidur, mula la mimpi bukan2.
Yang paling hebat, kucing aku pun boleh masuk dalam mimpi aku.
Ternyata mereka membawa pengaruh besar dalam hidup aku.
HOHO.

Oleh itu, jangan banyak tidur.
Bulan puasa ni banyak2 kan beribadat.
Walaupun tidur itu pun satu ibadah.
Tapi kalau "alamak terlebih sudah" 
boleh mengurangkan pahala puasa.
Betol x?

So?
Selamat Berpuasa.
hehe

Wednesday, August 3, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...