Tuesday, May 31, 2011

SeKiLaS PaNdAnG

Assalamualaikum

Sekilas pandang, sekilas untuk SIHAT.


Slogan Yang Perlu di Amalkan Setiap Hari


Jogging

Kesihatan perlu di utamakan, bukan dengan bersenam sahaja malahan kita boleh melakukannya dengan pelbagai cara. Manusia memiliki kira-kira 10,000 deria rasa dan tidak semuanya bergantung di lidah. Ada juga yang berada di bawah lapisan kulit. Marilah kita saksikan sekilas untuk sihat.

1. Silang kaki berselang seli antara kiri dan kanan jika terpaksa duduk untuk tempoh yang lama (kebiasaannya dilakukan oleh perempuan ketika kuliah.) cara ini dapat membantu menggerakkan otot pinggul dan belakang tubuh untuk mengurangkan rasa lenguh.


Silang kaki

2. Kesan warna terutamanya rona biru mampu mencipta rasa damai, tenang dan memudahkan untuk tidur. Warna ini juga dapat membantu melawan ketegangan, asma, gementar dan menurunkan tekanan darah.


Kedamaian 

3. Mata juga boleh "STRESS". Cara terbaik untuk menghilangkan STRESS mata ialah dengan cara melemparkan pandangan yang jauh ke hadapan, kemudian lihat benda yang berdekatan di sekeliling kita.



STRESS

4. Jangan "bergayut" telefon terlalu lama kerana ia mampu meningkatkan tahap tekanan darah tanpa disedari. Ini kerana salur darah akan mudah terganggu alirannya dengan frekuensi elektromagnetik di dalam telefon bimbit.


"Bergayut"

5. Lakukan bangkit tubi setiap hari pada awal pagi kerana ia mampu membantu mengurangkan risiko sakit bahagian bawah badan sebanyak 75%.


Cara hidup SIHAT

Fakta Menarik: Membasuh, seterika baju dan memasak dikatakan aktiviti mudah yang mampu menanbahkan usia. Ini mungkin merupakan salah satu faktor mengapa lebih ramai wanita hidup lebih lama dari lelaki. ( Ada juga lelaki yang melakukannya, kebiasannya lelaki bujang yang tinggal di rumah sewa ataupun hostel)

Dari meja penulis: Selalu bercerita untuk menjadi lebih tenang.



Tuesday, May 24, 2011

Si CoMeL

Assalamualaikum..

Masa-masa yang terluang di isi dengan belaian dari si manja dengan aksi lincah nya.


Perilaku Si Comel pabila berhadapan dengan tuannya


video

Si Manja


Jangan tiru aksi sebegini...  BAHAYA

Dari Meja Penulis: Si Comel amat memahami perasaan tuannya.

Sunday, May 22, 2011

CeRiTeRa CiTa

Assalamualaikum...

Mungkin tajuk ini akan memberikan sedikit spekulasi kepada para pembaca. Tetapi ianya tiada kena mengena dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.


Cerita dari seberang


 Alaf 21

Inilah ceritera cita


Adakah kehidupan kita semua nanti persis novel-novel yang selama ini kian menjadi bahan hiburan kepada setiap insan yang membacanya? Adakah kisah-kisah indah di dalam novel itu akan terjadi pada diri kita? Walaupun apa yang terjadi, ini telah menjadi takdir buat kita semua. Sebuah ceritera yang terukir dalam kehidupan kita.

Setiap watak dan peranan yang di mainkan oleh pelakon dalam novel-novel ini boleh mengusik emosi setiap yang membacanya. Ada yang ketawa, tersenyum, dan sedih sehinggakan mengalir air mata. Begitu kuat penghayatan yang diberikan oleh pembaca.

Kini, zaman kian berubah. Ceritera dari dalam novel giat di adaptasi sehingga menjadi drama dan filem. Antaranya, Trilogi cinta (drama) karya Norhayati Ibrahim [Nota Cnta Buatmu], Ombak Rindu (filem) yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, Lagenda Budak Setan (filem), Nora Elina (drama) dan banyak lagi. Tidak Ketinggalan cerita-cerita dari seberang, seperti ayat-ayat cinta, ketika cinta bertasbih, dalam mihrab cinta dan lain-lain.

Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa persis novel-novel yang dibaca. Kadangkala manusia di asak dengan pelbagai ujian dan dugaan. Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari jalan penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan.

Kita mempunyai hak dan kemampuan untuk menentukan jalan hidup sendiri. Jika mahu berjaya dan gembira, kira mestilah mengikut corak, pemikiran, sikap, perangai dan pegangan orang yang berjaya.



Dari meja penulis: Kehidupan itu adalah satu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya.

Saturday, May 21, 2011

Budak Lagi Rupanya

Assalamualaikum...

Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Pantun ni memang sinonim bagi masyarakat melayu untuk menunjukkan seseorang tu baru nak belajar. kira macam aku la baru nak belajar wat blog ni...hehe..(masih belajar lagi ke? rasenya da lama ko wat blog, cume x update je)...kantoiii...berbalik kepada soal belajar..tak salah kalau kita nak belajar, kerana menuntut ilmu itu tak kan berakhir sampai la kita ke liang lahad. Tapi masalah utama kita adalah, buku itu ibarat 'ubat tidur' paling mujarab. baca tido, baca tido, adoi, macam mana tu? sebenarnya benda ni bukan perkara yang asing bagi setiap manusia. Semuanya bergantung kepada usaha dan ketekunan seseorang itu. Bila belajar tu, rajin2 la tanya orang, agar tak sesat. Belajar tu semoleknya (seeloknya) biarlah berguru, sebab dikhuatiri kalau belajar sorang, syaitan yang menjadi guru kita. Akhir kata sesiapa yang boleh bagi tips memeriahkan lagi blog ni, ajar2 lah ye...hehe

Dari meja penulis: walaupun tajuk dan huraian agak tak kena, harap terima je la ye...:D

Friday, May 20, 2011

MuZiK

Ada apa dengan muzik? 

Kalau bercerita pasal muzik mesti semua tau....
Siapa yg x berminat dgn muzik
Muzik dpt memberi kedamaian,
Memberi seribu kebahagian.......
Menenangkan hati yg resah gelisah.

Setiap bait lirik ada maksud yg tersendiri
Baik tersirat mahupun tersurat
Muzik memberi kesan yg mendalam dalam diri kita
Kadangkala ia merupakan luahan kata hati...
Luahan yang x dpt d lafazkn dgn kata2

Muzik memberi pengaruh yg sgt kuat.
Djdkn kegemaran, jikalau berkait dgn sesuatu peristiwa & masa
Setiap org ade muzik kegemaran masing2
x kira la irama apa skali pn
Dr jazz, balada, klasik, rock,mahupun indie.

Alunan muzik begitu asyik, 
sering memukau setiap org yg mendgrnya
Menjadi peneman walau dmana berada
Kadangkala sering menjd status pd setiap pendgr yg setia
Agar dpt meluahkan segala isi hati yg terbuku
Sehingga terukir senyuman d bibir.

Nota dari pengarang: indahnya bahasa.... indahnya melodi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...