Thursday, June 2, 2011

Who Will be Next

Assalamualaikum,

Hari ni nak bercerita cikit tentang pasukan bola sepak yang aku minat iaitu Chelsea. Hari semakin hari, debaran peminat bola sepak tertumpu kepada siapa yang akan menjadi pengurus Chelsea yang baru. Bagi peminat macam aku ni, hari2 dok ngadap internet, kot2 dia umumkan dalam laman web ChelseaFC. Tapi rasenya minggu depan la kot, sebab calon yang paling hampir nak jadi pengurus Guus Hiddink masih menanti perlawanan antara Turki dgn Belgium untuk membuat keputusan. Kalau Turki kalah, dengarnya dia akan meletakkan jawatan dan ambil tugas dekat Chelsea.


Calon kedua, Marco Van Basten, memang tidak terikat dengan mana2 kelab, kiranya dia tunggu tawaran dari Chelsea je la. Bagi yang belum kenal dia, dia pernah mengurus pasukan Belanda dan Ajax.


Calon ketiga pulak Gianfranco Zola, dia ni kire legend kat Chelsea. Sebab pernah bermain di Chelsea. Dia juga pernah mengurus pasukan West Ham, tapi dengarnya, Chelsea hanya approach dia tok jadi pembantu pengurus sahaja.


Calon yang seterusnya, Andre Villas-Boas, merupakan pengurus FC Porto sekarang ni. Baru semusim bersama Porto dia sudah berjaya membawa Porto memenangi 3 piala. Dia juga berjaya membawa Porto memenangi liga tanpa kalah dan menjadi pengurus paling muda pada usia 33 tahun untuk memenangi UEFA Europa League.  Hebat jugak mamat ni. Walaubagaimanapun, sebelum ni, dia ada membuat kenyataan untuk kekal di Porto.


Pape pun nantikan sahaja pengumuman rasmi daripada pihak management ChelseaFC...Tungguuuuuu~

2 comments:

K said...

guus hiddink XD

Awan said...

raseny, begitu la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...