Sunday, June 12, 2011

Betol ke? (part 1)

Assalamualaikum...

Betul ke benda2 di bawah ni berlaku? (diingatkan, benda ni hanya pendapat aku)

1. Betul ke melayu mudah lupa?

Kata2 ni diluahkan oleh Tun Mahathir suatu ketika dahulu. Pada aku benda ni ada kebenarannya. Lihat je budak2 sekarang, semuanya da senang. Erti kemerdekaan pun dah tak didalami dengan betol. Benda ni berlaku dekat aku jugak, memang susah nak memahami secara mendalam kesusahan orang dahulu sebab kita tak mengalaminya. Tapi ada jugak Melayu yang masih sedar diri, segala usaha dijalankan untuk menaikkan bangsa melayu, walaupun aku xtau sape tapi aku yakin masih ada yang prihatin sebab tak semua orang dalam satu negara tu sama perangainya. Mesti ada baik dan ada buruknya.


2. Betul ke sikap manusia mudah berubah ketika di jalan raya?

Hmmm, mungkin ada betulnya, lihat sahaja jumlah kemalangan yang semakin meningkat saban tahun. Orang baik pun boleh jadi panas baran bila di jalan raya. Mana tak 'panas' bila kita yang tengah memandu secara berhemah tapi tiba2 orang lain plak yang membahayakan nyawa kita dengan memandu secara merbahaya. Tak kurang juga dengan orang yang sukakan kelajuan. Hati diaorang ni memang kering, bawak laju mana pun rileks je. Bagi yang bekerja seharian pulak, bila da penat bekerja, kita selalu nak balik cepat, mula la bawak laju, then cilok sana, cilok sini. bahaya2. 


3. Betul ke artis yang masuk Sehati Berdansa ramai yang bercerai?

Opssss, yang ni susah nak komen. Program ni pun rasenya da tak disambung lagi. Masyarakat boleh menilai dengan sendiri. Salah cakap kang ade gak kene saman. Bak kata nabil 'Lu Pikir la sendiri'. Walaupun kita tengok memang banyak artis yang kahwin cerai, tp semua itu ada hikmah disebaliknya, mungkin benda tu akan jadi pengajaran buat kita semua. Daripada kita dok bergosip lebih baik kita bermuhasabah diri kita sendiri daripada cari keburukan orang lain.


P/S: Selami Hati, Selami Jiwa, Selami Lautan Dalam (ayat JOZAN)...huhu

6 comments:

RedVixen said...

Semua pon betoll!!!

Awan said...

huhu...mungkin jugak tu

HAZWAN17 said...

yang nombor dua tu paling betul sekali

Awan said...

yup, berlaku kat diri sendiri jugak...huhu

Elih Japahar said...

Kalau dilihat skarang ni...ada betul jg~~!

Awan said...

yup...:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...