Monday, June 6, 2011

SERONOK????

Assalamualaikum...

Saya SERONOK!!!! Apa yang seronok ye? HMMM..... Memori yang indah. Sehinggakan memori itu ligat berputar di fikiran sambil tersenyum simpul.... Sebenarnya, tak ada apa yang ingin diceritakan di sini. Cuma sekadar renungan bersama. Tips-tips untuk berjaya. Bukan tip (upah) ye. :D


Tepati masa

Kalau kita jadi seorang yang tepati masa, ia dapat buat orang lain rasa gembira. Tak payah nak tunggu lama-lama. Tertengok-tengok jam menantikan kehadiran kita. Tak kiralah kalau kita ada temu janji ke , nak pergi kerja atau pun ke kuliah. Senang cerita, orang tak akan marah kalau kita tak lambat.


Tidak berkira buat kerja lebih masa

Sesetengah orang sering merungut cakap masa tak cukup masa la, itu la, ini la. Bukan mudah untuk seseorang buat kerja lebih dari waktu yang di tetapkan. Mungkin kerana, banyak lagi komitmen yang perlu di fikirkan. Hakikatnya, kalau kita buat kerja dengan betul, kita sendiri yang akan merasa gembira. Kalau la masa itu boleh di bayar, mesti ramai orang yang berebut-rebut nak buat kerja sampai tak menang tangan. 


Senyum

Senyum, senyum,....  senyum, tak perlu kata apa-apa. Ececece...da macam lirik lagu la plak. Senyum penawar segala duka. Sebenarnya, kalau kita senyum dapat mengurangkan rasa stress. Kalau dalam keadaan stress nak buat kerja pun jadi tertangguh.


Meja yang kemas

Keadaan meja atau tempat kerja melambangkan keadaan fikiran kita. Kalau meja dalam keadaan berselerak, maknanya fikiran kita dalam keadaan tengah bercelaru. Kalau meja dalam keadaan kemas dan bersih, memberi gambaran bahawa diri kita adalah seorang yang bijak mengurus. Kalau bersih, kita pun selesa nak buat kerja.


Penampilan yang kemas

Penampilan yang terurus mengambarkan diri kita seorang yang teliti dalam melaksanakan tugasan yang di beri. Tidak gemar menagguh kerja dan sentiasa berfikiran positif.


Stress

Menjadikan tekanan sebagai satu motivasi dalam diri. Kita perlu pandai menguruskan dan mengawal tekanan. Setiap orang tidak terlepas dari tekanan. Walaupun tekanan itu sebesar zarah.

Dari meja penulis: Berusaha untuk berjaya agar segala kerja yang kita lakukan tidak di rasakan seperti satu bebanan. Mari renungkan dan selamat beramal.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...