Tuesday, May 31, 2011

SeKiLaS PaNdAnG

Assalamualaikum

Sekilas pandang, sekilas untuk SIHAT.


Slogan Yang Perlu di Amalkan Setiap Hari


Jogging

Kesihatan perlu di utamakan, bukan dengan bersenam sahaja malahan kita boleh melakukannya dengan pelbagai cara. Manusia memiliki kira-kira 10,000 deria rasa dan tidak semuanya bergantung di lidah. Ada juga yang berada di bawah lapisan kulit. Marilah kita saksikan sekilas untuk sihat.

1. Silang kaki berselang seli antara kiri dan kanan jika terpaksa duduk untuk tempoh yang lama (kebiasaannya dilakukan oleh perempuan ketika kuliah.) cara ini dapat membantu menggerakkan otot pinggul dan belakang tubuh untuk mengurangkan rasa lenguh.


Silang kaki

2. Kesan warna terutamanya rona biru mampu mencipta rasa damai, tenang dan memudahkan untuk tidur. Warna ini juga dapat membantu melawan ketegangan, asma, gementar dan menurunkan tekanan darah.


Kedamaian 

3. Mata juga boleh "STRESS". Cara terbaik untuk menghilangkan STRESS mata ialah dengan cara melemparkan pandangan yang jauh ke hadapan, kemudian lihat benda yang berdekatan di sekeliling kita.



STRESS

4. Jangan "bergayut" telefon terlalu lama kerana ia mampu meningkatkan tahap tekanan darah tanpa disedari. Ini kerana salur darah akan mudah terganggu alirannya dengan frekuensi elektromagnetik di dalam telefon bimbit.


"Bergayut"

5. Lakukan bangkit tubi setiap hari pada awal pagi kerana ia mampu membantu mengurangkan risiko sakit bahagian bawah badan sebanyak 75%.


Cara hidup SIHAT

Fakta Menarik: Membasuh, seterika baju dan memasak dikatakan aktiviti mudah yang mampu menanbahkan usia. Ini mungkin merupakan salah satu faktor mengapa lebih ramai wanita hidup lebih lama dari lelaki. ( Ada juga lelaki yang melakukannya, kebiasannya lelaki bujang yang tinggal di rumah sewa ataupun hostel)

Dari meja penulis: Selalu bercerita untuk menjadi lebih tenang.



7 comments:

Syuxer said...

tq akan tips dan fakta ini..aku suka hehehe

Awan said...

hehe...welcome...

said...

fuh..

seb baik x bergayot

hehe

=D

Awan said...

hehe...kurangkan bergayut

Anonymous said...

fakta yang menarik...
:D
Keep it up

amir aizat said...

interesting!heheh

Awan said...

thanks semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...