Saturday, May 21, 2011

Budak Lagi Rupanya

Assalamualaikum...

Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Pantun ni memang sinonim bagi masyarakat melayu untuk menunjukkan seseorang tu baru nak belajar. kira macam aku la baru nak belajar wat blog ni...hehe..(masih belajar lagi ke? rasenya da lama ko wat blog, cume x update je)...kantoiii...berbalik kepada soal belajar..tak salah kalau kita nak belajar, kerana menuntut ilmu itu tak kan berakhir sampai la kita ke liang lahad. Tapi masalah utama kita adalah, buku itu ibarat 'ubat tidur' paling mujarab. baca tido, baca tido, adoi, macam mana tu? sebenarnya benda ni bukan perkara yang asing bagi setiap manusia. Semuanya bergantung kepada usaha dan ketekunan seseorang itu. Bila belajar tu, rajin2 la tanya orang, agar tak sesat. Belajar tu semoleknya (seeloknya) biarlah berguru, sebab dikhuatiri kalau belajar sorang, syaitan yang menjadi guru kita. Akhir kata sesiapa yang boleh bagi tips memeriahkan lagi blog ni, ajar2 lah ye...hehe

Dari meja penulis: walaupun tajuk dan huraian agak tak kena, harap terima je la ye...:D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...