Sunday, May 22, 2011

CeRiTeRa CiTa

Assalamualaikum...

Mungkin tajuk ini akan memberikan sedikit spekulasi kepada para pembaca. Tetapi ianya tiada kena mengena dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.


Cerita dari seberang


 Alaf 21

Inilah ceritera cita


Adakah kehidupan kita semua nanti persis novel-novel yang selama ini kian menjadi bahan hiburan kepada setiap insan yang membacanya? Adakah kisah-kisah indah di dalam novel itu akan terjadi pada diri kita? Walaupun apa yang terjadi, ini telah menjadi takdir buat kita semua. Sebuah ceritera yang terukir dalam kehidupan kita.

Setiap watak dan peranan yang di mainkan oleh pelakon dalam novel-novel ini boleh mengusik emosi setiap yang membacanya. Ada yang ketawa, tersenyum, dan sedih sehinggakan mengalir air mata. Begitu kuat penghayatan yang diberikan oleh pembaca.

Kini, zaman kian berubah. Ceritera dari dalam novel giat di adaptasi sehingga menjadi drama dan filem. Antaranya, Trilogi cinta (drama) karya Norhayati Ibrahim [Nota Cnta Buatmu], Ombak Rindu (filem) yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, Lagenda Budak Setan (filem), Nora Elina (drama) dan banyak lagi. Tidak Ketinggalan cerita-cerita dari seberang, seperti ayat-ayat cinta, ketika cinta bertasbih, dalam mihrab cinta dan lain-lain.

Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa persis novel-novel yang dibaca. Kadangkala manusia di asak dengan pelbagai ujian dan dugaan. Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari jalan penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan.

Kita mempunyai hak dan kemampuan untuk menentukan jalan hidup sendiri. Jika mahu berjaya dan gembira, kira mestilah mengikut corak, pemikiran, sikap, perangai dan pegangan orang yang berjaya.



Dari meja penulis: Kehidupan itu adalah satu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya.

1 comment:

Anonymous said...

wow....tp xsemua yg dpt memahami cerita novel 2....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...