Sunday, March 21, 2010

Perlu Promosi

Assalamualaikum...


Baru2 ni saya berpeluang untuk melawat satu tempat yang baru di MITC, Melaka. Hmm, nampaknya MITC semakin membangun di Melaka. Sudah banyak bangunan yang baru dibina. Antaranya ialah pusat boling, hotel, Planeterium, Maidin dan macam2 lagi. Dewan yang ada di MITC juga banyak mengadakan pelbagai jualan dan pameran. Ini merupakan suatu usaha yang baik daripada pihak kerajaan negeri Melaka (Bodek ckit,huhu). Tempat baru yang saya maksudkan ialah S.D.S.I yang membawa maksud satu daerah, satu industri. Kedai2 S.D.S.I ini terletak berdekatan dengan Maidin atau di belakang Masjid Al' Alami di MITC. Malangnya tidak ramai yang mengetahui kewujudan tempat ini (mungkin baru agaknya). Banyak juga kedai2 yang belum dibuka. Apa yang menarik mengenai tempat ini ialah setiap kedai mewakili negeri masing2. Selain itu, kedai ini juga menjual produk2 tempatan seperti sos, rempah-ratus, kraf tangan dan sebagainya. Idea mewujudkan kedai2 ini cukup bernas tetapi tempat ini memerlukan lebih promosi untuk menambah bilangan pelawat. Berikut merupakan gambar2 amatur yang sempat saya rakamkan.









p/s; mungkin tempat ini akan dikunjungi oleh orang ramai ketika SUKMA berlangsung di Melaka nanti...hehe

4 comments:

Ezainy said...

Mengapa S.D.S.I Johor tidak kelihatan ya...hehe

Awan said...

huhu..sbnarnya ada tapi tidak kelihatan di dalam gambar..:-)

Unknown said...

ade pningktan..
ko mmg mnyahut seruan mb mlaka kn..
tahniah..

Awan said...

Thuwa,mne mlk pki mb..km ok..hehe
Melaka kan da nak SUKMA...kene la tlong promosikan produk tempatan..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...