Saturday, April 3, 2010

Cool Ke???

Assalamualaikum...

ADAKAH ANDA KATA INI COOL???



TIDAK

KERANA

'MEREMPIT KE MASJID BARU COOL'



Isu mengenai rempit bukan lagi isu baru di Malaysia. Perkara ini sudah berlarutan buat sekian lamanya. Bukannya, tiada tindakan daripada pihak berkuasa, tetapi hal ini susah dibendung kerana sikap manusia yang 'x makan saman'. Selain itu, faktor-faktor seperti kurang didikan daripada ibu bapa terutamanya didikan agama turut menjadi faktor penyumbang gejala ini sukar diatasi. Cerita-cerita mengenai rempit sudah banyak di siarkan melaui drama dan filem bagi menyedarkan mat-mat rempit tetapi apa yang berlaku??? makin ramai anak-anak muda yang terikut-ikut dan bercita-cita menjadi mat rempit. Ada yang menjadikan merempit ini sebagai kerja part time mereka. Cerita-cerita yang berunsur rempit pulak mendapat keuntungan yang berganda...mcm mne 2???hehe... Bukankah bagus kalau kita merempit (berlumba-lumba) ke masjid kerana


"Seandainya manusia mengetahui keutamaan panggilan azan dan shaf awal kemudian tidaklah mereka mampu mendapatkannya kecuali dengan mencabut undi. Pastilah mereka mencabut undi dan seandainya mereka mengetahui keutamaan bersegera menuju ke masjid nescaya mereka akan berlumba-lumba dan seandainya mereka megetahui keutamaan sepertiga malam yang awal dan subuh, nescaya mereka akan datang kepadaku walaupun dengan merangkak"
Riwayat Bukhari Muslim

Sama-sama kita renungkan hadis di atas. Adakah kita ingin berlumba-lumba mengejar ganjaran pahala atau pun berlumba-lumba mengejar benda yang tidak berfaedah??? Renungkanlah, berfikirlah, dan kerjakanlah apa yang Allah (S.W.T) telah amanahkan kepada kita kerana setiap apa yang Allah (S.W.T) suruh kita kerjakan, pasti ada kebaikan dan ganjaran pahala yang tersirat disebalik suruhan tersebut.




2 comments:

thuwabatus said...

post ko y nie best..
bt org trpkir n nilai dri sndri..
emmm..
sbnr ny kn aku xtwu nk ckp ape lg..
tp nie pn kre komen jgk la eh..
hehehe~~

Awan said...

thanks saudari kerana teros menyokong...
saya amat hargai sokongan dari anda..
teroskan memberi komen yg membina agar saya dapat memperbaiki kelemahan blog saya ini..
Thanks once again..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...