Beliau memerintah sebagai Maharaja Xuantong dari tahun 1908 ketika berusia 2 tahun, 10 bulan, 14 hari sehingga turun memerintah pada 12 Februari tahun 1912.
Puyi ketika berusia 3 tahun
Pada tahun (1912), kegemilangan Dinasti Qing yang memegang takhta pemerintahan China selama 276 tahun hancur dan Pu Yi sebagai maharaja Cina terakhir telah digulingkan dalam revolusi yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen. Selepas revolusi, beliau masih diizinkan untuk tinggal di dalam Istana Kota Larangan.
Bermula detik itu, Pu Yi memulakan 'pengembaraan' yang panjang - memihak kepada Jepun dalam Perang Dunia Kedua dan diangkat menjadi 'raja boneka' dalam negara Manchu (Man Zhou Guo - kawasan yang dijajah Jepun) pada tahun 1934 yang merupakan wilayah China dan bersempadan dengan Rusia, Korea Utara dan Mongolia. Beliau memerintah sehingga akhir Perang China-Jepun Kedua pada tahun 1945.
Setelah kekalahan Jepun pada Perang Dunia Kedua, Kesatuan Soviet menguasai Wilayah Manchu dan Pu Yi berjaya ditangkap di lapangan terbang ketika cuba melarikan diri ke Jepun. Pu Yi ditahan di Rusia dan menjalani hukuman penjara selama lima tahun sebelum dihantar kembali ke China pada tahun 1950.
Sejak Republik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 1949, Puyi adalah ahli Persidangan Perundingan Politik Rakyat China dari tahun 1964 sehingga kematiannya pada tahun 1967. Pu Yi meninggal dunia pada usia 61 sebagai rakyat biasa dengan sejarah yang penuh warna-warni
No comments:
Post a Comment