Thursday, February 10, 2011

Peribahasa

Assalamualaikum...


Peribahasa bukanlah sesuatu yang asing bagi masyarakat Melayu. Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.Berikut merupakan beberapa peribahasa yang sempat dicari berserta maksudnya:


Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.


Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang


Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.


Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.



Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.


Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya



Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah



Dari Meja Penulis: terlalu banyak...boleh cari lagi di internet...

2 comments:

Anonymous said...

sangat sukakan sastera
:D

Awan said...

suka sastera..budak sastera ea??? :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...