Wednesday, February 9, 2011

MIMPI

Assalamualaikum...

Pernahkah anda bermimpi? 
Pasti jawapannya YA!!!!
Setiap orang pasti pernah bermimpi...pelbagai bentuk mimpi telah hadir dalam hidup kita...mimpi robot la, mimpi kucing la, mimpi ular la, mimpi menjadi presiden la, mimpi moon la, mimpi berlari la, mimpi jatuh la, mimpi kawen la....dan bermacam2 mimpi lagi...

Apa yang ingin diketengahkan disini bukanlah berkaitan tafsiran mimpi tetapi sekadar persoalan biasa mengenai Adakah Anda Berpuas Hati Apabila Mimpi Anda Tergendala dipertengahan Jalan?
Bagi sesiapa yang bermimpi buruk pasti berpuas hati...tetapi bagaimana pula bagi orang yang bermimpi indah?


Tidak seronok bukan? huhu

Contoh mudah - Bayangkan anda bermimpi menjadi satu2nya hero yang hidup untuk menyelamatkan negara. Anda telah melakukan pelbagai strategi untuk menghadapi pihak lawan ketika di medan pertempuran tetapi bila anda baru sahaja ingin memulakan langkah tiba2 anda terjaga tanpa mengetahui sama ada strategi anda berjaya atau tidak...Bagaimana perasaan anda???

Bagaimana pula jika anda bermimpi sedang berkahwin. Ketika Mak Andam baru sahaja ingin mengalihkan kipas yang menghalang muka pengantin perempuan, tiba2 anda terjaga tanpa melihat muka pengantin perempuan tersebut...Bagaimana perasaan anda???

Dan bagaimana pula jika anda bermimpi bermain bola? pada ketika jam menunjukkan perlawanan hampir tamat...anda dihadiahkan sepakan penalti...pada saat genting tersebut anda dipilih untuk mengambil sepakan penalti tersebut...baru sahaja anda ingin mengambil sepakan...tiba2 anda terjaga...Bagaimana perasaan anda???

Dari Meja Penulis: nak buat macam mana kan? dah nasib Badan... (senyum)

2 comments:

Anonymous said...

mimpi, mimpi dan mimpi
mengindahkan waktu tido

Awan said...

tp kalo tergendala???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...