Saturday, March 20, 2010

Kelakar tapi Bermakna

Assalamualaikum...

Akhirnya berpeluang juga saya mencoretkan sesuatu di blog ini...
Almaklumlah minggu lepas agak sibuk dengan presentation yang banyak dan tugasan yang nampak tiada penghujungnya...huhu..

Hmm..apa yang saya ingin coretkan disini ialah mengenai iklan yang berunsur dakwah di youtube.
Kebiasaannya saya hanya mencari lagu2 dan video2 kelakar di youtube tetapi nak dijadikan cerita, entah macam mana saya boleh terkesima dengan link di sebelah kanan di laman web youtube tersebut. Apa yang menarik perhatian saya ialah title video tersebut yang bertajuk Iklan Syaitan. Iklan Syaitan???? Syaitan pun buat iklan ke??? Tajuk itulah yang berjaya menarik minat saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Selepas itu apa lagi, dengan rasa rendah hati saya menekan link video tersebut. Rupa-rupanya banyak jugak video Iklan Syaitan ni. Lebih kurang 11 video (rasanya la). Video ini menggunakan bahasa Arab sebagai pengantar tetapi nasib baiklah ada subtitle, kalau tidak menganga la tengok video ni. Video ini berunsur dakwah sebenarnya. Waktu itu saya mula berfikir *kan bagus kalau iklan ni diterbitkan di Malaysia*. Selain itu terdapat juga video yang bertajuk 'iklan solat yang tiada di Malaysia'. Iklan ini juga berunsur dakwah dan berjaya membuat saya berfikir. Video2 seperti ini patut diteruskan kerana banyak umat Islam sekarang yang terleka terutamanya anak muda. Akhir kata,

Kalau ada masa lapang tengoklah video ini di youtube:

2 comments:

Unknown said...

tahniah2..
satu usaha y sgt baek..
bagos2..
*ikhlas ke x nie??*

Awan said...

oh terharunya...ade owg komen..huhu
awak sgt baek thuwa...
troskan menyokong blog bumiputra ya..
;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...