Saturday, February 12, 2011

Simpulan Bahasa

Assalamualaikum...


Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat atau nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan daripada perkataan yang digunakan. 


Antara contoh simpulan bahasa adalah;


Ada Gaya: Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.
Ada Hati: Berkeinginan/ Inginkan sesuatu.
Buah hati: orang yang dikasihi atau dipuja.
Buruk Siku: mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain.
Dalam tangan: sudah pasti akan diperoleh.
Durian runtuh: keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka.
Cahaya mata: anak.
Harga diri: maruah atau kehormatan seseorang.
Isi hati: perasaan dalam hati.
Malu-malu kucing: berpura-pura malu di hadapan orang.
Mandi peluh: bekerja kuat.
Mencuci mata:gembira memperhatikan sesuatu yang indah.
Mencuit hati: lucu, menggelikan hati.
Rambang mata: sukar membuat pilihan.


Dari Meja Penulis: selebihnya boleh dicari di internet, perpustakaan, atau di kedai buku (senyum)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen.
Kalau ada kelapangan saya akan membalas komen anda.
kalau saya tidak membalas tak bermakna saya tidak membaca komen anda.
Terima Kasih sekali lagi kerana sudi memberi komen di sini.