Tuesday, August 30, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum.

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut 
Hari Raya Aidilfitri
Kepada rakan2 blogger semua.
dan juga kepada sesiapa yang mengenali diri ini.

Di bulan syawal ini,
diharap anda semua dapat berhati2 di jalan raya.
Yang dah besar tu jangan beratur nak duet raya.
Tidak lupa juga pesanan dari saya,
jangan makan sangat ye!!!
tak elok.
HUHU

Sunday, August 28, 2011

Mari Pulun Mengemas

Assalamualaikum.

Lagi 2 hari nak raya.
Time2 macam ni mula pulun habis-habisan mengemas rumah.
Habuk yang dulu tak kelihatan tiba2 kelihatan.
Bila sibuk mengemas 
mulalah jumpa barang yang da lama tak jumpa.
Tapi bagus juga ada semangat gotong-royong.
 Kerja berat menjadi senang.
Tapi sakit pinggang juga dibuatnya.
Walau apa pun,
Kesimpulannya,
BILA RUMAH BERSIH HATI PUN SENANG!!!

Friday, August 26, 2011

Tazkirah Ringkas

Assalamualaikum

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.

Dari Abu Hurairah r.a. - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca 'Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur'an". “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya”. (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy)

Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga.." (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras).

Wallahualam

Thursday, August 25, 2011

Entri oh Entri

Assalamualaikum.


Baru2 ni aku tengok traffic aku semakin meningkat ke satu entri ni.
Entri ni bukan la 1 entri baru sebab aku tulis entri ni bulan july yang lalu.
nak tau entri apa?
Ni link dia


Tahu la dah nak RAYA kan.
Mungkin mereka mencari reka bentuk baju melayu yang baru.
tapi sayang entri aku tu bukan entri ke arah itu
tapi sekadar picisan biasa.
Maaf ye.
(senyum)

Wednesday, August 24, 2011

Tuesday, August 23, 2011

Ok Lambat

Assalamualaikum


Sebagai Blogger yang masih terkial-kial dalam dunia blog ni,
aku telah ke peringkat percubaan mengubah blog ni.
(amende la tatabahasa aku ni?)

Walaupun belum sampai ke tahap puas hati,
tapi boleh la dari xde kan?
huhu

Sigh~
sape la yang boleh duduk sebelah aku dan ajar
aku benda2 macam ni.
Sangat siput (perlahan) dalam hal2 macam ni.
HUHU
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...