Wednesday, July 6, 2011
Tuesday, July 5, 2011
Lambatnya
Assalamualaikum...
Biasa pergi kedai makan?
Cepat atau lambat diaorang menyiapkan makanan anda?
Semalam terbaca kat page Oh!Media, ada orang tak puas hati kat sebuah kedai makan kat area2 Port dickson.
Katanya, dah 30 minit tunggu tapi tak sampai2 makanan yang dipesan.
Haih!!!
Bila ditegur, orang kedai tu buat xtau je.
Aku pernah mengalami situasi sama dekat sebuah pulau di Malaysia ni.
Punya lama tunggu makanan siap tapi habuk pun xde.
Last2 cancel order.
Yang peliknya orang tu boleh lega pelanggan cancel order.
HAI, mahu berniaga ke tak ni?
Pelik la kan, macam mana benda ni boleh berlaku.
Tauke tak bayar gaji ke?
Tak pun saja buat hal sebab Tauke xde time tu.
Harap2 benda2 macam ni tak berlaku lagi.
Hati pelanggan kena la jaga.
Nanti pelanggan lari, mana nak datang untung.
Betul tak?
Sunday, July 3, 2011
Stephen Chow versi Malaysia
Assalamualaikum...
Anda kenal dengan Stephen Chow?
Aku memang minat mamat ni.
Komedi dia bersahaja, membuat kita tak kering gusi melihat telatahnya.
Pernah tengok lakonan dia dalam King of Beggars?
ni la gambar dia dalam citer tu
Apa yang aku nak citer kat sini,
aku pernah jumpa 2 orang muka selekeh macam dia dekat area2 kawasan bandar.
Orang Pertama:
Aku jumpa dekat BSN.
Muka die memang selekeh, dengan janggut yang tebal dan berseluar pendek.
Memang agak serupa sikit macam stephen chow, cume die berjanggut je.
Tapi jangan tengok pada paras rupa ye.
Sekali dia keluar kan wallet dia,
Perhhh, penuh beb, aku rase smua duet 50 tu.
Aku yang duet tak seberapa ni hanya boleh memandang dengan kagum.
hehe
Orang Kedua:
Yang ni aku jumpa dekat masjid.
Muka memang selekeh, seluar dengan baju koyak2. Seksi beb.
Agak berbau jugak rasenya.
Aku ternampak dia tengah pegang duet. Banyak jugak la.
Tau apa dia buat?
Dia masukkan sehelai demi sehelai duet tu
dekat dalam tabung masjid.
Perhhhh, aku pun malu beb tengok keadaan macam tu.
Kita yang smart2, wangi2 ni pun susah nak derma dekat masjid.
Pengajarannya, janganlah kita menilai orang tu dengan paras rupa. Mungkin orang tersebut hanya merendah diri, tak nak tunjuk kemewahan. Mungkin jugak mereka memang susah tapi ada yang tak lupa untuk menderma. Tak semua manusia tu jahat. Rambut sama hitam tapi hati lain2. Oleh itu jangan lah kita bersangka buruk terhadap seseorang tanpa mengetahui dan mengenali orang tersebut.
PEACE NO WAR!!!
hehe
Saturday, July 2, 2011
Air Terjun VS Air Laut
Assalamualaikum...
Mana satu anda suka?
Mandi Laut?
or
Air Terjun?
Bagi aku, aku lebih suka mandi air terjun, sebab tu gambar die lebih besar...hehe...
Tak de la, sebenarnya bagi aku air terjun lebih segar dan sejuk. Kalau air laut ni, badan melekit sebab air masin. Tapi itu tak bermakna aku tak suka mandi laut. Cuma kurang gemar.
Dah lama rasanya tak mandi dekat kedua2 tempat ni. Bila agaknya aku berpeluang.
Cuti2 ni seronok pergi, tapi kena cari geng dulu.
Ada sesiapa yang nak ikut?
huhu
Agak2 dekat mana air terjun yang paling best di Malaysia ni?
Taniah~
Assalamualaikum...
Malam tadi berakhir sudah Program Imam Muda musim ke-2.
Tahniah diucapkan kepada Imam Muda Hassan kerana berjaya memenangi pertandingan tersebut.
Kepada Imam Muda Nazrul, anda tetap hebat walaupun kalah.
Kedua Imam Muda ini berjaya menunjukkan kualiti masing2, tetapi rezeki lebih berpihak kepada Imam Muda Hassan.
Tahniah diucapkan sekali lagi kepada kedua2 finalis Imam Muda musim ke-2 ini.
Dari kiri: Hassan dan Nazrul
Semalam aku cuba jugak usha2 facebook berapa ramai yang tulis pasal Imam Muda di status mereka.
Hasilnya tak seramai waktu kemenangan Hazama dan Sepah.
Di blog2 lain juga begitu.
Kenapa ye?
huhu
Friday, July 1, 2011
Kerinduan~
Hari ni 1 July. Ada apa dengan 1 July?
Aku pun xtau....huhu
Yang aku tau hari ni hari Jumaat. So, kena pergi solat Jumaat.
Dikesempatan ini aku ucapkan tahniah kepada kawan2 aku yang berjaya ke peringkat seterusnya dalam pelajaran mereka.
Rindu nak bersama dengan mereka semula.
Pejam celik pejam celik dah setahun lebih aku tinggalkan diaorang.
Rindu pulak nak dengar ketawa dan usikan mereka.
Selain tu,
Bila sebut tentang kawan2 ni, teringat kawan2 yang da lama tak jumpa.
Ada yang da hilang terus. Di mana korang wei?
Bagi aku tak kesah la kita selalu berhubung atau tak.
Korang tetap kawan2 aku.
Termasuklah kawan2 blogger yang tak nampak di mata tapi dekat dihati..
cewahhhh
Kalau aku ada buat salah dengan sesiapa aku minta maaf k.
Tak boleh citer lebih pasal kawan ni, karang berjurai air mata bak air terjun.
HAHAHA
Akhir kata aku sayang korang semua...
(macam kak nita pulak)
Akhir kata aku sayang korang semua...
(macam kak nita pulak)
Bila rindu2 ni, rasa nak tuju lagu pulak.
Sesiapa yang bergelar teman kepadaku
terimalah lagu ini:
Subscribe to:
Posts (Atom)






