Saturday, June 25, 2011

Kenapa Pisang?

Assalamualaikum...


Kenapa pisang dianggap simbol Perkauman?

Baru2 ni peminat bola sepak di Rusia telah membaling pisang ke arah pemain legend Brazil, Roberto Carlos.
Diberitakan ini kali kedua dia terkena serangan sebegini.


kali pertama

 kali kedua

Serangan kali kedua tersebut telah membuatkan dia pergi meninggalkan padang walaupun perlawanan masih belum tamat sambil menunjukkan 2 jari yang menggambarkan sudah 2 kali penonton membuat dia begitu.


Persoalannya, mengapa pisang dianggap perkauman?
Dengarnya ia selalu ditujukan kepada orang kuli hitam di luar negara.
Kenapa yer?
Adakah ia menggambarkan kita memanggil orang itu monyet?
Hmm...
Keliru2
Ada sesiapa yang tahu???



Friday, June 24, 2011

New Chelsea Boss

Akibat beberapa hari yang busy
Lambat plak nak bagitau berita ni.
Kat bawah ni la manager baru Chelsea

Ape daaa lambat bagitau

Aku pernah tulis pasal calon manager Chelsea sebelum ni(sini yer)
Aku letak die sebagai calon nombor 4 sebab memang tak confident die akan jadi manager Chelsea.
Tup2, dia pulak yang jadi. 
Rezeki die la tu.
Sebab tu la aku suka Chelsea ni sebab dia penuh dengan KEJUTAN!!!
Dari dulu sampai sekarang tak habis2 kejutannya, dari kemenangannya masa era Mourinho dulu sampai la pembelian Torres dan sekarang Manager baru yang muda plak tu.
Tak sabar nak tunggu kejutan seterusnya...


Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday #2


Maksud Wordless Wednesday :
 Pada hari rabu, Blogger tak perlu nak explain gambar di blog mereka. Biar gambar yang menggambarkan menceritakan segalanya tanpa letak apa-apa penjelasan.

Tuesday, June 21, 2011

Hujan

Assalamualaikum...


Baru-baru ni cuaca asyik hujan je. Syukur Alhamdulillah. Bagus jugak kan, tak payah siram pokok dan ada alasan tak kemas luar rumah. haha. Walaubagaimana pun, hujan2 ni macam ni, baju tak kering, makin bertimbun la jawabnya. Biasa la, setiap sesuatu ada baik buruknya.

Talk to the Hand!!!
Aku Rain la bukan Hujan...
eh?

Bila hujan2 ni, orang cakap sedap tidur.  Betul jugak tu kan. Saper2 yang lepak kat rumah tu, memang sodap tidur. Yang bekerja? teruskan kerja anda yer, nanti Bos marah. huhu

ye aku Hujan.
tapi bukan Hujan yang ada air tu la!!!

Hujan2 ni kalau mandi, fuhhhh, punya la sejuk airnya. nak tak nak kene mandi jugak kan? 
Pape pun lakukan la segala yang anda ingin lakukan. Buat benda2 yang berfaedah tau. Jangan buat benda yang bukan2. 

inilah hujannya ye?
so COOL!!!


Sunday, June 19, 2011

CRAZY!!! chocolate cake

Assalamualaikum....

Cerita untuk hari ni pasal kek coklat.. tapi kenapa sampai boleh jadi gila?? Mungkin hasilnya yang lain dari yang lain.

 Adakah seperti ini?

Ataupun ini?

Kek ni sebenarnya tak gila pun. Kalau sesiapa yang makan pun tak akan jadi gila. Nama dia Crazy sebab cara buat kek yang senang, moist.. dan tak guna telur.. 

Nak tahu lebih lanjut? Boleh lihat di sini.


Dari meja penulis: Boleh cuba kek ini di rumah untuk tetamu, diri sendiri, saudara mara atau keluarga anda terutama bapa anda sempena hari bapa. Selamat Mencuba. Selamat Hari Bapa!!!



Friday, June 17, 2011

Pengkhianatan

Assalamualaikum...

(apa salah si kucing hitam itu?)

Pernah tak anda rasa dikhianati? tipu la tak pernah. Buktinya, banyak cerita dekat tv sekarang ni asyik cerita pasal khianat je? Kukuh ke bukti tu? Ke tersasar jauh? huhu. 

Sesiapa yang pernah rase mesti 'panas' hati kan. Kadang2 pengkhianat tu datang dari orang yang kita paling percaya sekali. Kalau mengikut sejarah pengkhianat yang paling terkenal dikenali sebagai 'Si Kitol' kerana menyebabkan Melaka jatuh ke tangan Portugis. 

So, ape yang perlu kita buat? berhati hatilah dengan orang di sekeliling anda. Tapi jangan buruk sangka pulak. Dosa ye adik2... Curiga tak salah tapi jangan sampai ke tahap langsung tidak mempercayai orang lain. Ingat!!! manusia itu bersaudara. Pandai2 la kita menilai dan menjaga diri kita sendiri. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...