Thursday, June 16, 2011

Kene Block la Pulak~

Senarai di atas merupakan file sharing yang telah di block di internet (diambil dari the star). Walaupun cerita ni telah banyak diperkatakan, tapi aku tetap nak tulis jugak....huhu....Bayangkan, disebabkan tindakan kerajaan mem'block' laman2 web tersebut, habis 41 website kerajaan diserang hacker. Ini semua gara2 tak puas hati sebab bagi mereka kerajaan telah melanggar hak asasi manusia.Sebelum ni, pihak yang menggelar diri mereka 'Anonymous' dikatakan memberi ancaman ingin menggodam website kerajaan, tetapi kejadian semalam tidak dapat dipastikan sama ada memang benar mereka melakukan atau tidak. Menurut sumber tiada personal atau financial data yang dicuri. (berita selebihnya boleh dibaca di surat khabar) 

Hmm, bagi pihak aku, memang ada buruk baiknya kerajaan block file sharing ni. Yang baiknya, kita dapat melindungi copyright sesebuah karya seperti lagu dan filem. Bayangkan penat2 diaorang memerahkan otak dan menghabiskan duet untuk membuat sesuatu karya, kita senang2 amik secara free. Yang buruknya, kita tak dapat bende free lagi la (hehe)...tapi ada pihak mengatakan diaorang menggunakan file sharing untuk berkongsi maklumat bagi menyiapkan assignment  diaorang...walaupun hakikatnya memang ramai menggunakan file sharing untuk men'download' benda2 lain...hmm, xtau la...bak kata nabil 'lu pikir la sendiri'.

Wednesday, June 15, 2011

Monday, June 13, 2011

BAKAT

Assalamualaikum...


Hari ni nak citer pasal bakat. Kata orang seseorang itu telah dikurniakan bakat secara semula jadi sejak lahir. Ada jugak yang cakap bakat boleh dibentuk ketika seseorang itu masih kecil. Bakat kalau diasah dari kecil boleh menjadi hebat pada masa akan datang. Kalau bakat tu diasah bila dah dewasa agak sukar untuk menjadi hebat. Ada jugak yang cakap bakat bergantung pada minat. Tak kurang juga yang cakap kalau dah tak berbakat buat apa pun tak kan menjadi.  Macam2 pendapat boleh kita dengar. Teringat masa kecik2 dulu, my friend suruh aku pergi kelas melukis untuk memperbaiki lukisan aku yang hampir 100% buruk (haha). Lepas tu kawan aku yang lagi sorang mencelah " kalau da tak de bakat, pegi kelas melukis pun tak berguna". Hmm, mungkin jugak kan. Tapi terpulang bagi anda untuk menilainya sendiri. Di bawah ni aku sertakan video aksi2 hebat yang berjaya manusia lakukan. AWESOME!!!


Sunday, June 12, 2011

Betol ke? (part 1)

Assalamualaikum...

Betul ke benda2 di bawah ni berlaku? (diingatkan, benda ni hanya pendapat aku)

1. Betul ke melayu mudah lupa?

Kata2 ni diluahkan oleh Tun Mahathir suatu ketika dahulu. Pada aku benda ni ada kebenarannya. Lihat je budak2 sekarang, semuanya da senang. Erti kemerdekaan pun dah tak didalami dengan betol. Benda ni berlaku dekat aku jugak, memang susah nak memahami secara mendalam kesusahan orang dahulu sebab kita tak mengalaminya. Tapi ada jugak Melayu yang masih sedar diri, segala usaha dijalankan untuk menaikkan bangsa melayu, walaupun aku xtau sape tapi aku yakin masih ada yang prihatin sebab tak semua orang dalam satu negara tu sama perangainya. Mesti ada baik dan ada buruknya.


2. Betul ke sikap manusia mudah berubah ketika di jalan raya?

Hmmm, mungkin ada betulnya, lihat sahaja jumlah kemalangan yang semakin meningkat saban tahun. Orang baik pun boleh jadi panas baran bila di jalan raya. Mana tak 'panas' bila kita yang tengah memandu secara berhemah tapi tiba2 orang lain plak yang membahayakan nyawa kita dengan memandu secara merbahaya. Tak kurang juga dengan orang yang sukakan kelajuan. Hati diaorang ni memang kering, bawak laju mana pun rileks je. Bagi yang bekerja seharian pulak, bila da penat bekerja, kita selalu nak balik cepat, mula la bawak laju, then cilok sana, cilok sini. bahaya2. 


3. Betul ke artis yang masuk Sehati Berdansa ramai yang bercerai?

Opssss, yang ni susah nak komen. Program ni pun rasenya da tak disambung lagi. Masyarakat boleh menilai dengan sendiri. Salah cakap kang ade gak kene saman. Bak kata nabil 'Lu Pikir la sendiri'. Walaupun kita tengok memang banyak artis yang kahwin cerai, tp semua itu ada hikmah disebaliknya, mungkin benda tu akan jadi pengajaran buat kita semua. Daripada kita dok bergosip lebih baik kita bermuhasabah diri kita sendiri daripada cari keburukan orang lain.


P/S: Selami Hati, Selami Jiwa, Selami Lautan Dalam (ayat JOZAN)...huhu

Monday, June 6, 2011

SERONOK????

Assalamualaikum...

Saya SERONOK!!!! Apa yang seronok ye? HMMM..... Memori yang indah. Sehinggakan memori itu ligat berputar di fikiran sambil tersenyum simpul.... Sebenarnya, tak ada apa yang ingin diceritakan di sini. Cuma sekadar renungan bersama. Tips-tips untuk berjaya. Bukan tip (upah) ye. :D


Tepati masa

Kalau kita jadi seorang yang tepati masa, ia dapat buat orang lain rasa gembira. Tak payah nak tunggu lama-lama. Tertengok-tengok jam menantikan kehadiran kita. Tak kiralah kalau kita ada temu janji ke , nak pergi kerja atau pun ke kuliah. Senang cerita, orang tak akan marah kalau kita tak lambat.


Tidak berkira buat kerja lebih masa

Sesetengah orang sering merungut cakap masa tak cukup masa la, itu la, ini la. Bukan mudah untuk seseorang buat kerja lebih dari waktu yang di tetapkan. Mungkin kerana, banyak lagi komitmen yang perlu di fikirkan. Hakikatnya, kalau kita buat kerja dengan betul, kita sendiri yang akan merasa gembira. Kalau la masa itu boleh di bayar, mesti ramai orang yang berebut-rebut nak buat kerja sampai tak menang tangan. 


Senyum

Senyum, senyum,....  senyum, tak perlu kata apa-apa. Ececece...da macam lirik lagu la plak. Senyum penawar segala duka. Sebenarnya, kalau kita senyum dapat mengurangkan rasa stress. Kalau dalam keadaan stress nak buat kerja pun jadi tertangguh.


Meja yang kemas

Keadaan meja atau tempat kerja melambangkan keadaan fikiran kita. Kalau meja dalam keadaan berselerak, maknanya fikiran kita dalam keadaan tengah bercelaru. Kalau meja dalam keadaan kemas dan bersih, memberi gambaran bahawa diri kita adalah seorang yang bijak mengurus. Kalau bersih, kita pun selesa nak buat kerja.


Penampilan yang kemas

Penampilan yang terurus mengambarkan diri kita seorang yang teliti dalam melaksanakan tugasan yang di beri. Tidak gemar menagguh kerja dan sentiasa berfikiran positif.


Stress

Menjadikan tekanan sebagai satu motivasi dalam diri. Kita perlu pandai menguruskan dan mengawal tekanan. Setiap orang tidak terlepas dari tekanan. Walaupun tekanan itu sebesar zarah.

Dari meja penulis: Berusaha untuk berjaya agar segala kerja yang kita lakukan tidak di rasakan seperti satu bebanan. Mari renungkan dan selamat beramal.



Thursday, June 2, 2011

Pentingnya AWAK dalam hidup SAYA

Assalamualaikum...

Hmmm... hari ini kita bercerita tentang si Dia. Sangat istimewa, sangaat penting. Bukan buat saya seorang tapi buat semua makhluk yang bertaburan di muka bumi. Siapakah si Dia?? Apa istimewanya??


Inilah DIA, air.....

Pernahkan kamu terfikir, jikalau suatu hari nanti air tak ada  kat rumah, hampir semua gelisah. Terutamanya para ibu. Sibuk memikirkan macam mana nak masak, membasuh, dan memandikan anak-anak yang masih kecil. Air oh air, kalau tak ada simpanan air memang susah. Urusan harian jadi tergendala. Bagi yang bekerja, pasti mereka memikirkan macam mana nak mandi ,kalau air yang ada pun tak lepas untuk aktiviti harian macam mana nak uruskan diri sendiri. Terpaksa la pegi kedai-kedai cari air bergalen-galen, ataupun tunggu lori tangki air datang. Nak harapkan air dari tangki rumah keluar kalau keadaan tengah darurat, memang berganggut la. Pengajarannya: Simpan la air walaupun sedikit, ia amat beerti ketika keadaan darurat.


Untuk di Minum dan memasak


Kalau air tak ada, nak mandi pun kena catu air


Kalau nk basuh baju, kena tangguh dulu. Melainkan basuh basuh baju kat tepi sungai. Macam orang dulu-dulu. Jimat air kat umah.




Video ini ada kaitan dengan penggunaan air dalam kehidupan seharian sikit.


Dari meja penulis: Lebih baik tak ada elektrik, dari tak ada air.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...