Friday, February 18, 2011

Stamina

Assalamualaikum...


Stamina merupakan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan seseorang. Perkara ini sering tidak diambil berat oleh masyarakat pada hari ini. Stamina amat penting bagi menguatkan tubuh kita untuk menghadapi hari-hari kita yang dipenuhi dengan kesibukan. Pelbagai cara boleh digunakan untuk meningkatkan stamina. Antaranya ialah: 


1. ”Speed Interval Training” 


Sprint                                                               1 minit
Slow joging                                                        3 minit
Sprint                                                               1 minit
Slow Joging                                                       2 minit
Sprint                                                               1 minit
Slow joging                                                        1 minit

Jumlah Minit: 9 minit


Sekurang – kurangnya buatlah dalam 3-4 set, 3-5 kali seminggu. Jangan buat 1 set atau 1 hari jerk!!!...huhu



2. Interval Training


Mulakan dengan berlari selama 5 minit dan berjalan laju selama 5 minit. Pada set kedua, berlari selama 5 minit dan berjalan laju selama 4 minit dan seterusnya. Teruskan sehingga anda berlari laju 5 minit dan berjalan laju seminit. Kalau anda rajin, lakukan 4-5 kali seminggu dan pasti anda akan rasa perubahan nanti.






Selain itu anda juga bolehlah berjogging atau melakukan senaman ringan setiap hari sekurang-kurangnya 20 minit. Jika tidak suka pada persekitaran luar, anda juga boleh pergi ke gym yang berdekatan. Jika tidak boleh juga, anda boleh melakukannya di rumah. Jika tidak boleh juga, "x dpt den nak nolong". 

Dari Meja Penulis: maklumat diperolehi setelah seketika menacari di merata-rata tempat tetapi masih belum berkesempatan untuk melakukan. Kenapakah? (senyum)



Saturday, February 12, 2011

Simpulan Bahasa

Assalamualaikum...


Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat atau nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan daripada perkataan yang digunakan. 


Antara contoh simpulan bahasa adalah;


Ada Gaya: Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.
Ada Hati: Berkeinginan/ Inginkan sesuatu.
Buah hati: orang yang dikasihi atau dipuja.
Buruk Siku: mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain.
Dalam tangan: sudah pasti akan diperoleh.
Durian runtuh: keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka.
Cahaya mata: anak.
Harga diri: maruah atau kehormatan seseorang.
Isi hati: perasaan dalam hati.
Malu-malu kucing: berpura-pura malu di hadapan orang.
Mandi peluh: bekerja kuat.
Mencuci mata:gembira memperhatikan sesuatu yang indah.
Mencuit hati: lucu, menggelikan hati.
Rambang mata: sukar membuat pilihan.


Dari Meja Penulis: selebihnya boleh dicari di internet, perpustakaan, atau di kedai buku (senyum)

Thursday, February 10, 2011

Peribahasa

Assalamualaikum...


Peribahasa bukanlah sesuatu yang asing bagi masyarakat Melayu. Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.Berikut merupakan beberapa peribahasa yang sempat dicari berserta maksudnya:


Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.


Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang


Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.


Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.



Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.


Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya



Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah



Dari Meja Penulis: terlalu banyak...boleh cari lagi di internet...

Wednesday, February 9, 2011

MIMPI

Assalamualaikum...

Pernahkah anda bermimpi? 
Pasti jawapannya YA!!!!
Setiap orang pasti pernah bermimpi...pelbagai bentuk mimpi telah hadir dalam hidup kita...mimpi robot la, mimpi kucing la, mimpi ular la, mimpi menjadi presiden la, mimpi moon la, mimpi berlari la, mimpi jatuh la, mimpi kawen la....dan bermacam2 mimpi lagi...

Apa yang ingin diketengahkan disini bukanlah berkaitan tafsiran mimpi tetapi sekadar persoalan biasa mengenai Adakah Anda Berpuas Hati Apabila Mimpi Anda Tergendala dipertengahan Jalan?
Bagi sesiapa yang bermimpi buruk pasti berpuas hati...tetapi bagaimana pula bagi orang yang bermimpi indah?


Tidak seronok bukan? huhu

Contoh mudah - Bayangkan anda bermimpi menjadi satu2nya hero yang hidup untuk menyelamatkan negara. Anda telah melakukan pelbagai strategi untuk menghadapi pihak lawan ketika di medan pertempuran tetapi bila anda baru sahaja ingin memulakan langkah tiba2 anda terjaga tanpa mengetahui sama ada strategi anda berjaya atau tidak...Bagaimana perasaan anda???

Bagaimana pula jika anda bermimpi sedang berkahwin. Ketika Mak Andam baru sahaja ingin mengalihkan kipas yang menghalang muka pengantin perempuan, tiba2 anda terjaga tanpa melihat muka pengantin perempuan tersebut...Bagaimana perasaan anda???

Dan bagaimana pula jika anda bermimpi bermain bola? pada ketika jam menunjukkan perlawanan hampir tamat...anda dihadiahkan sepakan penalti...pada saat genting tersebut anda dipilih untuk mengambil sepakan penalti tersebut...baru sahaja anda ingin mengambil sepakan...tiba2 anda terjaga...Bagaimana perasaan anda???

Dari Meja Penulis: nak buat macam mana kan? dah nasib Badan... (senyum)

Friday, February 4, 2011

Mood...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Selamat berjumpa kembali...

Mood malas sentiasa menjelma bila time2 cuti ni (sigh*)
Tapi rasanya bila tak cuti pun mood malas akan sentiasa ada,
So, bila nak hilang mood malas ni???
(sigh* lagi)...












Beberapa tips untuk menjadi rajin telah dijumpai bile meng'google' di internet, antaranya ialah:

1. Bersikap positif.
2. Mengekalkan momentum rajin anda setiap masa.
3. Memaksa diri menjadi rajin (jika perlu).
4. Memikirkan kesan yang anda akan dapat jika menjadi malas.
5. Berlagak or berlakon (poyo*) menjadi seorang yang rajin.
6. Dapatkan model ikutan (Role Model) untuk dijadikan sebagai ukuran.

Adakah tips2 ini berkesan???
Tepuk dada tanya diri anda sendiri...
Nak ikut atau tidak...terpulang kepada anda...
Selamat Mencuba!!!

Dari meja penulis: ada antara tips2 di atas hasil nukilan sendiri (senyum)
                          

Thursday, February 3, 2011

WOW....

Assalamualaikum...

hmm...da lame raseny x update blog ni....x sangka sudah ada follower baru...huhu...bila x update ni...rase macam blog ni dah bersawang...kesian haiwan2 di blog ini x dijaga dengan rapi...huhu...walau apa pun...blog ini akan terus diusahakan secepat mungkin...hmm...mungkinkah???...(senyum)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...