Wednesday, February 9, 2011

MIMPI

Assalamualaikum...

Pernahkah anda bermimpi? 
Pasti jawapannya YA!!!!
Setiap orang pasti pernah bermimpi...pelbagai bentuk mimpi telah hadir dalam hidup kita...mimpi robot la, mimpi kucing la, mimpi ular la, mimpi menjadi presiden la, mimpi moon la, mimpi berlari la, mimpi jatuh la, mimpi kawen la....dan bermacam2 mimpi lagi...

Apa yang ingin diketengahkan disini bukanlah berkaitan tafsiran mimpi tetapi sekadar persoalan biasa mengenai Adakah Anda Berpuas Hati Apabila Mimpi Anda Tergendala dipertengahan Jalan?
Bagi sesiapa yang bermimpi buruk pasti berpuas hati...tetapi bagaimana pula bagi orang yang bermimpi indah?


Tidak seronok bukan? huhu

Contoh mudah - Bayangkan anda bermimpi menjadi satu2nya hero yang hidup untuk menyelamatkan negara. Anda telah melakukan pelbagai strategi untuk menghadapi pihak lawan ketika di medan pertempuran tetapi bila anda baru sahaja ingin memulakan langkah tiba2 anda terjaga tanpa mengetahui sama ada strategi anda berjaya atau tidak...Bagaimana perasaan anda???

Bagaimana pula jika anda bermimpi sedang berkahwin. Ketika Mak Andam baru sahaja ingin mengalihkan kipas yang menghalang muka pengantin perempuan, tiba2 anda terjaga tanpa melihat muka pengantin perempuan tersebut...Bagaimana perasaan anda???

Dan bagaimana pula jika anda bermimpi bermain bola? pada ketika jam menunjukkan perlawanan hampir tamat...anda dihadiahkan sepakan penalti...pada saat genting tersebut anda dipilih untuk mengambil sepakan penalti tersebut...baru sahaja anda ingin mengambil sepakan...tiba2 anda terjaga...Bagaimana perasaan anda???

Dari Meja Penulis: nak buat macam mana kan? dah nasib Badan... (senyum)

Friday, February 4, 2011

Mood...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Selamat berjumpa kembali...

Mood malas sentiasa menjelma bila time2 cuti ni (sigh*)
Tapi rasanya bila tak cuti pun mood malas akan sentiasa ada,
So, bila nak hilang mood malas ni???
(sigh* lagi)...












Beberapa tips untuk menjadi rajin telah dijumpai bile meng'google' di internet, antaranya ialah:

1. Bersikap positif.
2. Mengekalkan momentum rajin anda setiap masa.
3. Memaksa diri menjadi rajin (jika perlu).
4. Memikirkan kesan yang anda akan dapat jika menjadi malas.
5. Berlagak or berlakon (poyo*) menjadi seorang yang rajin.
6. Dapatkan model ikutan (Role Model) untuk dijadikan sebagai ukuran.

Adakah tips2 ini berkesan???
Tepuk dada tanya diri anda sendiri...
Nak ikut atau tidak...terpulang kepada anda...
Selamat Mencuba!!!

Dari meja penulis: ada antara tips2 di atas hasil nukilan sendiri (senyum)
                          

Thursday, February 3, 2011

WOW....

Assalamualaikum...

hmm...da lame raseny x update blog ni....x sangka sudah ada follower baru...huhu...bila x update ni...rase macam blog ni dah bersawang...kesian haiwan2 di blog ini x dijaga dengan rapi...huhu...walau apa pun...blog ini akan terus diusahakan secepat mungkin...hmm...mungkinkah???...(senyum)

Saturday, August 14, 2010

Lama...

Assalamualaikum...

Da lama raseny x mencoretkan sesuatu disini...pejam celik pejam celik da masuk bulan Ramadhan..bulan di mana pintu neraka ditutup serapat -rapatnya dan pintu syurga dibuka seluas-luasnya...di bulan ini juga, umat Islam berlumba2 membuat amal kebaikan semata-mata ingin mendapat keredhaan daripada Allah (S.W.T).....harap2 begitulah...hmm...bila da lame x menulis ni rase kaku la pulak...hrp2 ada la idea yg boleh dikongsi bersame nanti...Insya-Allah...

Thursday, May 20, 2010

Harapan padaMu subur kembali

Tajuk: Harapan Pada-Mu Subur Kembali
Album : Kembara Cinta
Kumpulan : Saujana


Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harusku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak mengenal kebenaran-Mu
Ya Allah Tuhanku
Bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini

Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Lagu ini mengingatkan kita betapa berdosanya kita sebagai hamba Allah. Sememangnya manusia itu tidak terlepas dari dosa. Banyak kesalahan yang kita lakukan di dunia ini. Kadang-kadang kita rasa berputus asa dengan rahmat Allah tetapi sebagai umat Islam kita tidak boleh berputus asa untuk mendapat pengampunan dariNya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Ujian Allah itu sangat berat tetapi Allah tidak akan menguji lebih dari kemampuan kita. Kita hendaklah sentiasa bersyukur dan menahan hawa nafsu kita agar kita dapat merasai kemanisan iman. Insya-Allah...

Monday, May 10, 2010

Musim Cuti

Assalamualaikum...

Setelah tamatnya musim peperiksaan, maka bermulalah satu dimensi baru iaitu musim cuti semester. Cuti kali ini agak berbeza kerana no more perasaan nak balik rumah, kenapa yer???...hehe...Apa-apa pun banyak kenangan pahit dan manis yang berjaya saya rakamkan sepanjang berada di kampus baru ini. Antaranya ialah:

-Dapat kawan baru
-Dapat merasai suasana kelas baru
-Dapat salam dengan Dato' Seri Najib
-Dapat naik motor dengan lebih kerap
-Basah akibat naik motor
-Semakin gelap sebab naik motor
-Xcident motor
-Dapat tengok wayang lebih kerap dari sebelumnya
-Karaoke dengan kerap

dan banyak lagi la.....x dapat la den nak tulis semuanya..huhu....
Ehem2..kembali ke tajuk asal. Musim cuti ini pelbagai aktiviti telah dirancang tetapi belum tentu jadi. Akhirnya nanti duduk rumah je la, makan dan tidur.

p/s: x sabar nak tunggu Piala Dunia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...