Friday, July 22, 2011

Laptop

Assalamualaikum

gambar sekadar di pinggiran

Dulu kemain nak laptop sendiri.
Impian dah tertunai bila tabung dah dipecahkan.
Tapi sekarang nak buat apa dengan laptop cuti2 ni?
Nak main game yang best susah pulak sebab laptop kurang canggih.
Xde graphic card katanya.
Maklum lah laptop budget.
huhu
Asyik online bosan jugak.
So?
Nak baling?
Sayang oooo.
Walau apa pun, laptop amat berguna bila time2 yang diperlukan contohnya time kena wat assignment.
Haih!!!
Nak tanya sikit,
Anda buat apa dengan laptop anda?


P/s: Ini tanda2 orang kebosanan masa cuti 
dan
Tertekan dengan aksi hambar Chelsea 
menentang Malaysia
(senyum)

Thursday, July 21, 2011

Tak canggih

Assalamualaikum...

Entri hari ni berkaitan dengan wordless wednesday semalam.
Sory sebab setiap gambar wordless wednesday aku hanya menggunakan kamera 2 megapiksel.
Sebab itulah gambarnya agak kabur.
Maklum la nak beli kamera mahal2 xmampu.
Kamera yang ada pun udah rosak.
terpaka la menggunakan kamera HP aku yang sudah usang ini.
nasib2. 

Berbalik kepada soalan2 pengomen semalam,
Gambar tersebut aku rakam pada tahun lepas rasenya.
(ini kes bukak album lama la ni)
Apa yang aku cuba sampaikan, cumalah rasa pelik dihati tatkala melihat bangunan yang macam papan iklan.
(ayat nak berbunga2 plak,hehe)
Sebenarnya kejadian ni kena pada tempat dan masa yang betul untuk aku tertipu.
Ini kerana kereta sepupu aku betul2 parking dekat koordinat yang tepat untuk mengelirukan aku. 
hehe
Setelah berjalan beberapa langkah baru la perasan bangunan tu agak tiga segi bentuknya, patutla lurus je bila tengok dari tempat parking tu.
Nape agak? sebab dia bukan segi tiga tepat pun, tapi lebih kurang macam tu la.
Hmm, tapi kejadian ni hanya aku je yang teruja, abang dan sepupu aku yang lain macam tak ambil peduli pun.
haha.
(agak kekampungan la aku ni)

Lokasi gambar itu diambil ialah di Arab Street/Kampong Glam, Singapore.

Sekian sahaja penerangan saya, terima kasih.


Wednesday, July 20, 2011

Tuesday, July 19, 2011

Datang kembali

Assalamualaikum

Apa yang datang kembali?
Chelsea datang kembali ke Malaysia ke?
Oh bukan2...
(walaupun sedikit terkilan xdapat tengok)

Apa yang datang kembali ke sini ialah,
diri aku sendiri.
Selamat kembali ke blog sendiri
haha
Annoying kan?
huhu


Baru2 ni terlampau busy menguruskan benda2 yang tak sepatutnya.
Maklumlah cuti2 kalau tak buang masa memang tak sah.
Hajat di hati ni
Nak tengok cerita Harry Potter tapi xde teman pulak.
Dulu sanggup pinjam motor orang semata2 nak pergi tengok Harry Potter.
(peminat setia la kononya)
Tapi time tu ada kawan.
Sekarang semua busy.
Maklum la zaman da berubah.
Haih!!!
Da macam tua sangat da aku ni.
huhu

Ok la
Sampai di sini sahaja bebelan aku buat masa ni.
Maklum la kalau aku tak membebel kat sini sape lagi kan?
hehe
Akhir kata,
Ada sesiapa yang nak teman?




Wednesday, July 13, 2011

Tuesday, July 12, 2011

Kalaulah...

Assalamulaikum...

Kalaulah lah hidup ni macam dalam filem atau drama kan best.
Tengah feeling2 gembira atau sedih, tiba2 ada background music yang meruntun jiwa.
Pastu walau apa pun keadaan atau rintangan kita mesti berjaya akhirnya.
Awek2 dan Hero2 yang cantik dan kacak mesti selalu terpikat kat kita walaupun muka kita tak seberapa.


HAIH!!!!
(mengeluh)

Tapi kita kena berpijak di bumi yang nyata.
Tak semua indah pada hakikatnya.
Tengoklah kehidupan artis di luar filem.
Lebih kurang macam kita jugak.
Tak lari dari masalah.

SO?


Teruskan hidup anda dengan strategi yang betul.
Jangan asyik nak complain tapi diri sendiri tak betul.
Ramai yang cakap kita ni kuat complain dan mengkritik, tapi hakikatnya kita tak tahu apa2 pun pasal benda tu.
Sebagai contoh, kita kritik kenapa jambatan mahal sangat sampai perlu 7 juta.
Padahal itu memang harga standard.
Nampak?
Penuhkan ilmu di dada dahulu atau tanya orang lain yang lebih pakar sebelum membuat kritikan.
Jangan terlalu ikut emosi.
Fahami situasi yang berlaku.
Jangan mudah terpedaya dengan omongan manusia yang berkepentingan.
Siasat dahulu baru bertindak!!!
cewahhhhhh
huhu 

Dari meja penulis: 
Tiba2 teremosi plak.huhu 
(jangan tiru aksi ini)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...