Wednesday, March 28, 2012

Rahsia kejayaan

Assalamualaikum.

Negara Jepun memang terkenal dengan kejayaannya membangunkan negara sehingga ke tahap negara maju.
Walaupun pernah dibom oleh Amerika suatu ketika dahulu,
tetapi mereka mampu bangkit dengan pantas.
Mereka juga terkenal dengan masyarakat yang berdisiplin & bersopan santun.
Berikut merupakan beberapa sebab mengapa Jepun berjaya: 


sources: radioinformasi

Friday, March 23, 2012

Tazkirah Ringkas


Daripada Abu Darda' RA, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Bukanlah (golongan ini) daripada orang-orang beriman yang sempurna imannya iaitu orang yang suka mengecam, suka melaknat, suka bercakap kufur dan suka mencarut".

[Hadis Riwayat at-Tirmizi] 

Tuesday, March 20, 2012

Sejarah ringkas Maharaja China yang terakhir



Puyi (7 Februari 1906-17 Oktober 1967), berasal dari puak Manchu Aisin Gioro, Maharaja terakhir China, dan pemerintah ke 12 dan terakhir dari Dinasti Qing. 

Beliau memerintah sebagai Maharaja Xuantong dari tahun 1908 ketika berusia 2 tahun, 10 bulan, 14 hari  sehingga turun memerintah pada 12 Februari tahun 1912.

Puyi ketika berusia 3 tahun

Pada tahun (1912), kegemilangan Dinasti Qing yang memegang takhta pemerintahan China selama 276 tahun hancur dan Pu Yi sebagai maharaja Cina terakhir telah digulingkan dalam revolusi yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen. Selepas revolusi, beliau masih diizinkan untuk tinggal di dalam Istana Kota Larangan.

Dari 1 hingga 12 Julai 1917, beliau telah dipulihkan takhta sebagai maharaja nominal oleh ketua perang Zhang Xun. Zhang Xun mengarahkan tenteranya untuk menjaga barisan mereka untuk menunjukkan kesetiaan kepada maharaja. 

Dalam tempoh masa itu, sebuah bom kecil telah diletupkan  di Kota Larangan oleh kapal terbang Republikan, menyebabkan kerosakan kecil di kota tersebut. 

Ini dianggap  pengeboman udara yang pertama berlaku di Asia Timur. Pemulihan takhta gagal kerana pengaruh pembangkang yang luas di seluruh China, dan campur tangan tegas ketua perang lain iaitu Duan Qirui. Pada usia 19 tahun, Pu Yi telah diarahkan mengosongkan istana.

 Gambar dirakam pada 1922

Bermula detik itu, Pu Yi memulakan 'pengembaraan' yang panjang - memihak kepada Jepun dalam Perang Dunia Kedua dan diangkat menjadi 'raja boneka' dalam negara Manchu (Man Zhou Guo - kawasan yang dijajah Jepun)  pada tahun 1934 yang merupakan wilayah China dan bersempadan dengan Rusia, Korea Utara dan Mongolia. Beliau memerintah sehingga akhir Perang China-Jepun Kedua pada tahun 1945. 

Setelah kekalahan Jepun pada Perang Dunia Kedua, Kesatuan Soviet menguasai Wilayah Manchu dan Pu Yi berjaya ditangkap di lapangan terbang ketika cuba melarikan diri ke Jepun. Pu Yi ditahan di Rusia dan menjalani hukuman penjara selama lima tahun sebelum dihantar kembali ke China pada tahun 1950.

Beliau yang mengakui kesalahannya dan menyatakan penerimaannya terhadap pembaharuan, pendidikan dan revolusi telah menjalani pemulihan di Penjara Fushun War Criminal selama lebih kurang lapan tahun.

Pada tahun 1958, Pu Yi telah mendapat pengampunan dan dibebaskan oleh kerajaan China yang diperintah oleh Parti Komunis. Lapan tahun di Penjara Fushun War Criminal, Pu Yi telah 'dididik untuk menjadi seorang manusia biasa'. 

 Puyi diusia tua

Sejak Republik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 1949, Puyi adalah ahli Persidangan Perundingan Politik Rakyat China dari tahun 1964 sehingga kematiannya pada tahun 1967. Pu Yi meninggal dunia pada usia 61 sebagai rakyat biasa dengan sejarah yang penuh warna-warni

Penurunan Takhta puyi pada tahun 1912 menandakan berakhirnya abad pemerintahan dinasti di China, dan beliau juga terkenal sebagai Maharaja Terakhir atau the Last Emperor. 


P/S: sumber- Utusan Malaysia & Wikipedia

Monday, March 19, 2012

Kritik...Mengkritik...Dikritik...dan Kritikan

Assalamualaikum



Kritikan...yes...kritikan...
Sometimes kritikan ni akan boleh membantu kita untuk terus maju ke hadapan
Ini kerana, kritikan tersebut membuat kita sedar akan kekurangan kita.

Kadang-kadang juga kritikan ini boleh membunuh
masa depan kita
kerana kritikan tersebut boleh menjatuhkan reputasi kita.

Ada orang boleh bangkit semula melalui kritikan kerana berfikiran positif.
Ada orang sebaliknya.

Manusia ni berbagai-bagai sikapnya.
Kalau berfikiran positif tetapi orang disekelilingnya tidak membantu 
atau tidak berfikiran positif tetapi orang disekelilingnya banyak membantu.
Resultnya pasti akan menjadi lain.

Ada juga orang yang kuat mengkritik tetapi sebenarnya 
tidak faham keseluruhan masalah ataupun bidang tugas 
orang yang dikritiknya.
sebagai contoh mengkritik pihak kerajaan ataupun pembangkang
walhal orang tersebut hanya menilai melalui sumber-sumber seperti media massa.
Langsung tidak pernah melalui atau merasai bidang tugas tersebut.

Sebagai manusia kita memerlukan antara satu sama lain.
Tiada manusia yang mampu hidup sendirian.
Jika mahu mengkritik, kritiklah dengan berhemah
dengan memasukkan unsur-unsur yang boleh membina 
atau membantu pihak yang dikritik.
Barulah semangat tolong menolong itu timbul.

Tetapi sebelum mengkritik.
eloklah kita menilai diri sendiri dahulu.
Manalah tahu apa yang kita kritik itu sebenarnya kita turut melakukannya juga.

Friday, March 16, 2012

Tazkirah Ringkas


Dari Abu Hurairah, Nabi saw. bersabda, “Ada satu surah dari al qur'an yang terdiri dari tiga puluh ayat yang dapat memberi syafa'at kepada yang membacanya, sampai dia diampuni, iaitu: "Tabaarakalladzii biyadihil mulk… (surat Al Mulk)" (HR. Tirmidzi no. 2891, Abu Daud no. 1400, Ibnu Majah no. 3786, dan Ahmad 2/299).

Dari ‘Abdullah bin Mas’ud, dia berkata, “Sesiapa membaca “Tabarokalladzi bi yadihil mulk” (surat Al Mulk) setiap malam, maka Allah akan menghalanginya dari siksa kubur.” (HR. An Nasai dan Al Hakim)

Thursday, March 15, 2012

Shoutbox

Assalamualaikum...


After quite a long time i'm not written any post in my blog
i realise that my shoutbox is not working or in simple word 'expired'
"speaking sangat' haha

Rupa-rupanya shoutmix dah tak nak bagi free.
So, setelah ber blog walking di blog kawan aku
baru aku tahu ada alternatif lain untuk shoutbox
iaitu Cbox.

So, feel free to leave your comment or message :)

Ini bukan Pengakhiran

Assalamualaikum....

Setiap orang pernah merasa susah dan senang di dunia ni.
Susah bagi kita untuk bangkit bila dah jatuh.
Lagi susah bila tiada sokongan daripada orang di sekeliling kita.

Mentaliti untuk berubah bukan senang untuk dilahirkan.
Disiplin amat penting.
Disiplin akan melahirkan kesabaran dalam diri kita.
Percayalah, kesabaran itu pasti akan membuahkan hasil.

Bagaimana kalau tidak berhasil?
Kalau tidak berhasil, kita pasti akan kecewa bukan?
Sepatutnya kita berbangga dengan usaha kita.
Mungkin sebelum ini kita tidak pernah berusaha sebegitu rupa.
Pasrah dan redhalah dengan ketentuanNya.
Pasti ada hikmah disebalik segalanya.

Mungkin ada yang lebih baik menanti kita.
Mungkin juga ini semua ujian bagi kita.
Ayuh Positifkan Diri Anda!!!

Wednesday, March 14, 2012

It has been a long time

Assalamualaikum.


Dikedinginan pagi yang hujan ini,
Aku mula menulis sesuatu di sini buat kesekian kalinya.
Setiap kali dah lama tak tulis, aku akan cakap
'aku da lama tak update'
itu je la modalnya.

Susah juga sebenarnya nak maintain blog ni.
Kalau dah ada ramai follower lagi lah susah.
Kadang2 terfikir macam mana blogger2 terkenal
boleh mengekalkan momentum mereka.
terutama blogserius yang pada aku banyak memberikan info-info
terkini yang awesome.

Bila dah lama tak update mula lah rindu geng2 blogger 
yang rajin komen dekat blog aku ni dulu.
Adakah mereka masih aktif?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...