Sunday, July 31, 2011

Sehari sebelum Ramadhan

Assalamualaikum...

Tipu la kalau tak kenal siapa dia kan.

Insya-Allah, esok kita akan mula berpuasa.
Teringat masa kecik2 dulu,
Ayah cakap masa ni la kena makan puas2, lepas ni sebulan tak ley makan siang.
So, dulu memang la aku makan puas2.
Bila da besar baru sedar yang kalau kita makan puas2 pun bukan boleh tahan sebulan.
Nanti dia keluar jugak kan.
Keluar mana?
Pikir sendiri k
haha

Biasa la kecik2 kan.
Mudah percaya.
huhu

Pape pun,
SELAMAT BERPUASA 
semoga ibadah kita diterima olehNya.
amin...

Friday, July 29, 2011

Complain

Assalamualaikum.



Semalam Chelsea fc telah mengemukan bantahan atau complain mereka terhadap Malaysian FA.
Apa yang mereka complain?
Mereka complain pasal salah seorang player mereka telah di 'booo' ketika perlawanan antara Malaysia dan Chelsea tempoh hari.
Player tersebut ialah Yossi Benayoun iaitu pemain antarabangsa israel.
Mereka mengemukan bantahan mereka kerana beranggapan penyokong bersifat racist.

Sebagai penyokong chelsea aku nak cakap sikit kat penyokong tempoh hari.
Apa yang aku nak cakap ialah:

Bagus!!!
haha

Jangan nak salahkan penyokong la kan.
Rata2 yang datang pun memang penyokong Chelsea.
Mereka patut salahkan israel yang menindas Palestin. 
Confirm2 la rakyat Malaysia ni pro-Palestin.
So, biarkan je diaorang buat complain.
Complain kita pasal Palestin pun xde orang nak amek peduli.
So, Benayoun jangan nak salahkan penyokong plak.
salahkan negara dan bangsa anda.
Untung kena 'booo' je.
nasib baik tak kena baling pisang
huhu

P/S:

Wednesday, July 27, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #7


2 megapixels lagi huhu

Tuesday, July 26, 2011

Ayam oh Ayam

Assalamualaikum.

sebelum


selepas

Saje nak tanya soalan yang bukan2 hari ni.
Anda suka ayam yang digoreng atau ayam yang dicampur dalam lauk
(betul ke x ayat aku ni? maklum la xpandai masak)

Ada ayam yang dicampur dalam lauk tu memang dah digoreng sebelum di masukkan dalam lauk  tapi rasenya pasti lain kan?

Persoalan ni timbul beberapa hari yang lalu bila aku lebih berselera tengok ayam goreng berbanding ayam rendang.
huhu

Saturday, July 23, 2011

Pinggan Mangkuk Percuma

Assalamualaikum.


gambar ihsan dari google

Percaya atau tidak inilah realiti yang berlaku sekarang.
Tapi mungkin juga perkara ni berlaku kepada keluarga yang berpendapatan sederhana dan ke bawah.
Apa yang berlaku?
Kebanyakan rumah2 sekarang banyak pinggan mangkuk dan cawan percuma yang boleh didapati apabila kita membeli produk tertentu.
Sebagai contoh apabila kita membeli produk seperti colgate, nestle dan sebagainya, nanti diaorang bagi pinggan atau cawan percuma bagi menarik perhatian pembeli.

Adakah ini salah?
Tentunya tidak, malahan jimat.
Selesa pun ya.
haha

Bukannya apa, buat apa la nak gunakan pinggan mahal2
masa makan.
kalau pecah, rasa rugi la pulak.

Tapi apabila tetamu datang ke rumah, mula la kita kelam kabut cari pinggan dan cawan yang kita simpan di almari.
huhu
Malu la kononnya,
Almaklum la, kena la layan tetamu dengan baik.
tak de la nanti diaorang cakap
'pinggan colgate je ko bagi aku'
haha

Kalau aku, aku suka kumpul cawan dari McDonald.
Walaupun tak semua aku kumpul,
tapi reka bentuk cawan dia, buat aku selesa nak minum.
huhu
kalau pecah pun tak kisah, sebab benda tak mahal kan, cuma double cheese burger die je yang mahal..
huk3

 Pinggan mangkuk percuma ni kadang2 tak berapa nak percuma sebab harga produk tu naik sikit dari harga yang asal.
tapi tetap tak mahal sangat la kan.

Pape pun, tak salah nak gunakan pinggan atau cawan percuma tu.
kadang2 kualitinya pun bagus.
Asalkan murah dan selesa.
betul tak?
huhu


Friday, July 22, 2011

Laptop

Assalamualaikum

gambar sekadar di pinggiran

Dulu kemain nak laptop sendiri.
Impian dah tertunai bila tabung dah dipecahkan.
Tapi sekarang nak buat apa dengan laptop cuti2 ni?
Nak main game yang best susah pulak sebab laptop kurang canggih.
Xde graphic card katanya.
Maklum lah laptop budget.
huhu
Asyik online bosan jugak.
So?
Nak baling?
Sayang oooo.
Walau apa pun, laptop amat berguna bila time2 yang diperlukan contohnya time kena wat assignment.
Haih!!!
Nak tanya sikit,
Anda buat apa dengan laptop anda?


P/s: Ini tanda2 orang kebosanan masa cuti 
dan
Tertekan dengan aksi hambar Chelsea 
menentang Malaysia
(senyum)

Thursday, July 21, 2011

Tak canggih

Assalamualaikum...

Entri hari ni berkaitan dengan wordless wednesday semalam.
Sory sebab setiap gambar wordless wednesday aku hanya menggunakan kamera 2 megapiksel.
Sebab itulah gambarnya agak kabur.
Maklum la nak beli kamera mahal2 xmampu.
Kamera yang ada pun udah rosak.
terpaka la menggunakan kamera HP aku yang sudah usang ini.
nasib2. 

Berbalik kepada soalan2 pengomen semalam,
Gambar tersebut aku rakam pada tahun lepas rasenya.
(ini kes bukak album lama la ni)
Apa yang aku cuba sampaikan, cumalah rasa pelik dihati tatkala melihat bangunan yang macam papan iklan.
(ayat nak berbunga2 plak,hehe)
Sebenarnya kejadian ni kena pada tempat dan masa yang betul untuk aku tertipu.
Ini kerana kereta sepupu aku betul2 parking dekat koordinat yang tepat untuk mengelirukan aku. 
hehe
Setelah berjalan beberapa langkah baru la perasan bangunan tu agak tiga segi bentuknya, patutla lurus je bila tengok dari tempat parking tu.
Nape agak? sebab dia bukan segi tiga tepat pun, tapi lebih kurang macam tu la.
Hmm, tapi kejadian ni hanya aku je yang teruja, abang dan sepupu aku yang lain macam tak ambil peduli pun.
haha.
(agak kekampungan la aku ni)

Lokasi gambar itu diambil ialah di Arab Street/Kampong Glam, Singapore.

Sekian sahaja penerangan saya, terima kasih.


Wednesday, July 20, 2011

Tuesday, July 19, 2011

Datang kembali

Assalamualaikum

Apa yang datang kembali?
Chelsea datang kembali ke Malaysia ke?
Oh bukan2...
(walaupun sedikit terkilan xdapat tengok)

Apa yang datang kembali ke sini ialah,
diri aku sendiri.
Selamat kembali ke blog sendiri
haha
Annoying kan?
huhu


Baru2 ni terlampau busy menguruskan benda2 yang tak sepatutnya.
Maklumlah cuti2 kalau tak buang masa memang tak sah.
Hajat di hati ni
Nak tengok cerita Harry Potter tapi xde teman pulak.
Dulu sanggup pinjam motor orang semata2 nak pergi tengok Harry Potter.
(peminat setia la kononya)
Tapi time tu ada kawan.
Sekarang semua busy.
Maklum la zaman da berubah.
Haih!!!
Da macam tua sangat da aku ni.
huhu

Ok la
Sampai di sini sahaja bebelan aku buat masa ni.
Maklum la kalau aku tak membebel kat sini sape lagi kan?
hehe
Akhir kata,
Ada sesiapa yang nak teman?




Wednesday, July 13, 2011

Tuesday, July 12, 2011

Kalaulah...

Assalamulaikum...

Kalaulah lah hidup ni macam dalam filem atau drama kan best.
Tengah feeling2 gembira atau sedih, tiba2 ada background music yang meruntun jiwa.
Pastu walau apa pun keadaan atau rintangan kita mesti berjaya akhirnya.
Awek2 dan Hero2 yang cantik dan kacak mesti selalu terpikat kat kita walaupun muka kita tak seberapa.


HAIH!!!!
(mengeluh)

Tapi kita kena berpijak di bumi yang nyata.
Tak semua indah pada hakikatnya.
Tengoklah kehidupan artis di luar filem.
Lebih kurang macam kita jugak.
Tak lari dari masalah.

SO?


Teruskan hidup anda dengan strategi yang betul.
Jangan asyik nak complain tapi diri sendiri tak betul.
Ramai yang cakap kita ni kuat complain dan mengkritik, tapi hakikatnya kita tak tahu apa2 pun pasal benda tu.
Sebagai contoh, kita kritik kenapa jambatan mahal sangat sampai perlu 7 juta.
Padahal itu memang harga standard.
Nampak?
Penuhkan ilmu di dada dahulu atau tanya orang lain yang lebih pakar sebelum membuat kritikan.
Jangan terlalu ikut emosi.
Fahami situasi yang berlaku.
Jangan mudah terpedaya dengan omongan manusia yang berkepentingan.
Siasat dahulu baru bertindak!!!
cewahhhhhh
huhu 

Dari meja penulis: 
Tiba2 teremosi plak.huhu 
(jangan tiru aksi ini)

Monday, July 11, 2011

Baju Melayu Tradisi Kita

Assalamualaikum...

Mana satu yang lebih anda gemari
atau
Anda suka tengok orang pakai


Baju Melayu Cekak Musang

Atau

Baju Melayu Teluk Belanga

**********

Selain itu, mana 1 juga pilihan anda

Baju Melayu di dalam Sampin

Atau

Baju Melayu di luar Sampin


Mana satu pun pilihan anda jangan hilangkan ciri2 asal budaya kita.
Dunia semakin berubah tapi masih ada benda yang perlu dikekalkan.
Tak gitu SRK?
opsss
tak gitu Datuk?


Dari meja penulis: gambar ihsan Google


Sunday, July 10, 2011

HAIH!!!

Assalamualaikum...

Rasa macam da lama pulak xupdate blog ni walaupun baru beberapa hari.
Maklum la, sibuk menguruskan hal peribadi.
Malas nak update pun ada jugak.
huhu

Semalam telah berlangsung perhimpunan bersih.
SEDIH jugak la tengok keadaan macam tu.
Alhamdulillah xde la seteruk macam dekat luar negara tu.
tapi kesannya tetap ada.

Aku xtau la mana pihak yang betul.
Salah tulis kang xpasal2 kena saman.
So, masing2 pikir la sendiri.
Bak kata pepatah
'tepuk dada tanya selera'

Sebut pasal selera ni, 
rasa lapar pulak.
JOM MAKAN!!!


Senyum xperlu kata apa2


P/S: Dengarnya hari ni birthday Tun Mahathir...Selamat hari lahir diucapkan kepada beliau....(senyum lagi)

Thursday, July 7, 2011

Benda free

Assalamualaikum...

Birds have wings; they're free; they can fly where they want when they want. They have the kind of mobility many people envy. 


Semua orang nak benda free.
Siapa yang tak nak kan?
Tengok Quotes di atas, burung pun free sekarang.
HAHAHA
Of coz la bukan free=percuma yang dimaksudkan
tapi free=kebebasan.

i'm the king of the world!!!

Kebebasan bukan bermaksud kita bebas melakukan apa sahaja.
Kebebasan perlu ada batasan.
Sebab tu kita ada undang2.
Dalam Islam juga ada batasannya.
Demokrasi juga ada batasannya.

Kita perlu bijak menguruskan kebebasan yang telah diberi.
Jangan pilih jalan hitam.
Pilih jalan yang terang sikit yer!!!
huhu


Wednesday, July 6, 2011

Tuesday, July 5, 2011

Lambatnya

Assalamualaikum...

Biasa pergi kedai makan?
Cepat atau lambat diaorang menyiapkan makanan anda?

Semalam terbaca kat page Oh!Media, ada orang tak puas hati kat sebuah kedai makan kat area2 Port dickson.
Katanya, dah 30 minit tunggu tapi tak sampai2 makanan yang dipesan.
Haih!!!
Bila ditegur, orang kedai tu buat xtau je.



Aku pernah mengalami situasi sama dekat sebuah pulau di Malaysia ni.
 Punya lama tunggu makanan siap tapi habuk pun xde.
Last2 cancel order.
Yang peliknya orang tu boleh lega pelanggan cancel order.
HAI, mahu berniaga ke tak ni?

Pelik la kan, macam mana benda ni boleh berlaku.
Tauke tak bayar gaji ke?
Tak pun saja buat hal sebab Tauke xde time tu.

Harap2 benda2 macam ni tak berlaku lagi.
Hati pelanggan kena la jaga.
Nanti pelanggan lari, mana nak datang untung.
Betul tak?



Sunday, July 3, 2011

Stephen Chow versi Malaysia

Assalamualaikum...

Anda kenal dengan Stephen Chow?
Aku memang minat mamat ni.
Komedi dia bersahaja, membuat kita tak kering gusi melihat telatahnya.

Pernah tengok lakonan dia dalam King of Beggars?

ni la gambar dia dalam citer tu

Apa yang aku nak citer kat sini, 
aku pernah jumpa 2 orang muka selekeh macam dia dekat area2 kawasan bandar.

Orang Pertama:

Aku jumpa dekat BSN.
Muka die memang selekeh, dengan janggut yang tebal dan berseluar pendek.
Memang agak serupa sikit macam stephen chow, cume die berjanggut je.
Tapi jangan tengok pada paras rupa ye.
Sekali dia keluar kan wallet dia,
Perhhh, penuh beb, aku rase smua duet 50 tu.
Aku yang duet tak seberapa ni hanya boleh memandang dengan kagum.
hehe

Orang Kedua:

Yang ni aku jumpa dekat masjid.
Muka memang selekeh, seluar dengan baju koyak2. Seksi beb.
Agak berbau jugak rasenya.
Aku ternampak dia tengah pegang duet. Banyak jugak la.
Tau apa dia buat?
Dia masukkan sehelai demi sehelai duet tu
dekat dalam tabung masjid.
Perhhhh, aku pun malu beb tengok keadaan macam tu.
Kita yang smart2, wangi2 ni pun susah nak derma dekat masjid. 

Pengajarannya, janganlah kita menilai orang tu dengan paras rupa. Mungkin orang tersebut hanya merendah diri, tak nak tunjuk kemewahan. Mungkin jugak mereka memang susah tapi ada yang tak lupa untuk menderma. Tak semua manusia tu jahat. Rambut sama hitam tapi hati lain2. Oleh itu jangan lah kita bersangka buruk terhadap seseorang tanpa mengetahui dan mengenali orang tersebut.
PEACE NO WAR!!!
hehe

Saturday, July 2, 2011

Air Terjun VS Air Laut

Assalamualaikum...

Mana satu anda suka?

Mandi Laut?

or 

Air Terjun?

Bagi aku, aku lebih suka mandi air terjun, sebab tu gambar die lebih besar...hehe...
Tak de la, sebenarnya bagi aku air terjun lebih segar dan sejuk. Kalau air laut ni, badan melekit sebab air masin. Tapi itu tak bermakna aku tak suka mandi laut. Cuma kurang gemar.
Dah lama rasanya tak mandi dekat kedua2 tempat ni. Bila agaknya aku berpeluang. 

Cuti2 ni seronok pergi, tapi kena cari geng dulu.
Ada sesiapa yang nak ikut?
huhu
Agak2 dekat mana air terjun yang paling best di Malaysia ni?

Taniah~

Assalamualaikum...

Malam tadi berakhir sudah Program Imam Muda musim ke-2.
Tahniah diucapkan kepada Imam Muda Hassan kerana berjaya memenangi pertandingan tersebut.
Kepada Imam Muda Nazrul, anda tetap hebat walaupun kalah.
Kedua Imam Muda ini berjaya menunjukkan kualiti masing2, tetapi rezeki lebih berpihak kepada Imam Muda Hassan.
Tahniah diucapkan sekali lagi kepada kedua2 finalis Imam Muda musim ke-2 ini.

Dari kiri: Hassan dan Nazrul

Semalam aku cuba jugak usha2 facebook berapa ramai yang tulis pasal Imam Muda di status mereka.
Hasilnya tak seramai waktu kemenangan Hazama dan Sepah.
Di blog2 lain juga begitu.
Kenapa ye?
huhu

Friday, July 1, 2011

Kerinduan~

Assalamualaikum...




Hari ni 1 July. Ada apa dengan 1 July?
Aku pun xtau....huhu
Yang aku tau hari ni hari Jumaat. So, kena pergi solat Jumaat.

Dikesempatan ini aku ucapkan tahniah kepada kawan2 aku yang berjaya ke peringkat seterusnya dalam pelajaran mereka. 
Rindu nak bersama dengan mereka semula. 
Pejam celik pejam celik dah setahun lebih aku tinggalkan diaorang.
Rindu pulak nak dengar ketawa dan usikan mereka.

Selain tu,
Bila sebut tentang kawan2 ni, teringat kawan2 yang da lama tak jumpa.
Ada yang da hilang terus. Di mana korang wei?
Bagi aku tak kesah la kita selalu berhubung atau tak.
Korang tetap kawan2 aku.
Termasuklah kawan2 blogger yang tak nampak di mata tapi dekat dihati..
cewahhhh
Kalau aku ada buat salah dengan sesiapa aku minta maaf  k.
Tak boleh citer lebih pasal kawan ni, karang berjurai air mata bak air terjun.
HAHAHA
Akhir kata aku sayang korang semua...
(macam kak nita pulak)


Bila rindu2 ni, rasa nak tuju lagu pulak.
Sesiapa yang bergelar teman kepadaku
terimalah lagu ini:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...