Wednesday, June 29, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #3



Maksud Wordless Wednesday :

Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa meletakkan apa-apa penjelasan.


Nak tau lebih lanjut?

Tuesday, June 28, 2011

Jangan biarkan ia menghilang

Assalamualaikum...

Merujuk perkara di atas...wah dah macam nak tulis surat rasmi pulak...huhu
Sebenarnya, cuti2 Malaysia ni teringat pulak mase kecik2 dulu, bile cuti skola je terus tak ingat dunia.
Keje skola tinggal terus.
Esok nak bukak skola, baru kelam kabut nak buat.
Kalau tak sempat esok pinjam kawan punya buku dan terus tiru bulat2.

Bila teringat cuti ni, teringat pula pasal permainan masa kecik dulu2.
Tak kesah la permainan tu permainan laki ke pompuan, aku pulun habis.
Antara permainan yang  selalu dimainkan di Malaysia ni ialah:

1. Teng Teng
2. Galah Gempur (Galah Panjang)
3. Guli
4. Batu seremban
5. Tutup botol (ceper)
6. Masak2
7. Kahwin2

dan sebagainya...hahahaha

Budak2 zaman sekarang da jarang maen da.
Kalau kita jalan2 petang kat luar, da jarang nampak dyorang maen.
Kalau yang maen bola atau badminton tu, tak pe la, asah bakat dari kecik.
Tapi ada yang duduk dalam rumah maen PS2, tak pun XBOX..
Adoyaiiii...jangan biarkan permainan ini hilang di telan zaman!!!

Bagi yang dah lupa maen Teng Teng...ni Sepah ajar cara yang betul.
wakakaka




P/S: walaupun tak semua, tapi memang ada yang semakin melupakannya.

Monday, June 27, 2011

Betul ke? (Part 2)

Assalamualaikum...

Betul ke benda2 di bawah ni berlaku? (diingatkan, benda ni hanya pendapat aku)

1. Betul ke kucing tak boleh kena flash dari kamera?

Pernah tak anda dihalang untuk mengambil gambar kucing semata2 kamera anda ada flash? Tak tau la benda ni betul ke tak. Dalam banyak2 gambar kucing yang ada dekat internet tu, tak kan tak de satu pun yang gunakan flash? Mungkin ini petua orang dulu2. Kalau macam tu penat la kucing2 posing bagai nak gila, tapi gambar mereka gelap je sebab tak de flash...huhu...

Ki Ki Baaa!!!

2. Betul ke ada orang bagi sumbangan palsu di rumah kahwin?

Benda ni aku boleh confirmkan sebab memang ada orang buat macam tu. Bayangkan apabila keluarga pengantin membuka sampul duit sumbangan, ada yang bagi tisu sebab nak tebalkan sampul, ada pula yang bagi nota 'terima kasih sebab bagi makan'. Haih!! macam2. Tak tau la sebab apa, mungkin tak de duit agaknya. Kalau ye pun tak duet, tak payah la buat macam tu. Bagi seringgit pun dah memadai. Tak pun tak payah bagi, salam je.

Jangan bagi duit ni ye!!!

3. Betul ke orang melayu lebih memilih jamban cangkung dari jamban duduk?

Haha. Walaupun benda ni sensitif, tapi ini la kenyataannya. Rata2 orang kita banyak memilih jamban cangkung dari jamban dusuk. Lebih puas katanya. Hakikatnya? memang lebih puas pun. haha. Bayangkan kalau takda jamban cangkung dekat shopping atau di mana2 pun, ada yang sanggup mencangkung kat jamban duduk. ish!!! bahaya tu. Walau apa pun, jamban cangkung tetap terbaek...hahaha 

Mana satu pilihan anda?

P/S: Part 1 di sini...

Saturday, June 25, 2011

Kenapa Pisang?

Assalamualaikum...


Kenapa pisang dianggap simbol Perkauman?

Baru2 ni peminat bola sepak di Rusia telah membaling pisang ke arah pemain legend Brazil, Roberto Carlos.
Diberitakan ini kali kedua dia terkena serangan sebegini.


kali pertama

 kali kedua

Serangan kali kedua tersebut telah membuatkan dia pergi meninggalkan padang walaupun perlawanan masih belum tamat sambil menunjukkan 2 jari yang menggambarkan sudah 2 kali penonton membuat dia begitu.


Persoalannya, mengapa pisang dianggap perkauman?
Dengarnya ia selalu ditujukan kepada orang kuli hitam di luar negara.
Kenapa yer?
Adakah ia menggambarkan kita memanggil orang itu monyet?
Hmm...
Keliru2
Ada sesiapa yang tahu???



Friday, June 24, 2011

New Chelsea Boss

Akibat beberapa hari yang busy
Lambat plak nak bagitau berita ni.
Kat bawah ni la manager baru Chelsea

Ape daaa lambat bagitau

Aku pernah tulis pasal calon manager Chelsea sebelum ni(sini yer)
Aku letak die sebagai calon nombor 4 sebab memang tak confident die akan jadi manager Chelsea.
Tup2, dia pulak yang jadi. 
Rezeki die la tu.
Sebab tu la aku suka Chelsea ni sebab dia penuh dengan KEJUTAN!!!
Dari dulu sampai sekarang tak habis2 kejutannya, dari kemenangannya masa era Mourinho dulu sampai la pembelian Torres dan sekarang Manager baru yang muda plak tu.
Tak sabar nak tunggu kejutan seterusnya...


Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday #2


Maksud Wordless Wednesday :
 Pada hari rabu, Blogger tak perlu nak explain gambar di blog mereka. Biar gambar yang menggambarkan menceritakan segalanya tanpa letak apa-apa penjelasan.

Tuesday, June 21, 2011

Hujan

Assalamualaikum...


Baru-baru ni cuaca asyik hujan je. Syukur Alhamdulillah. Bagus jugak kan, tak payah siram pokok dan ada alasan tak kemas luar rumah. haha. Walaubagaimana pun, hujan2 ni macam ni, baju tak kering, makin bertimbun la jawabnya. Biasa la, setiap sesuatu ada baik buruknya.

Talk to the Hand!!!
Aku Rain la bukan Hujan...
eh?

Bila hujan2 ni, orang cakap sedap tidur.  Betul jugak tu kan. Saper2 yang lepak kat rumah tu, memang sodap tidur. Yang bekerja? teruskan kerja anda yer, nanti Bos marah. huhu

ye aku Hujan.
tapi bukan Hujan yang ada air tu la!!!

Hujan2 ni kalau mandi, fuhhhh, punya la sejuk airnya. nak tak nak kene mandi jugak kan? 
Pape pun lakukan la segala yang anda ingin lakukan. Buat benda2 yang berfaedah tau. Jangan buat benda yang bukan2. 

inilah hujannya ye?
so COOL!!!


Sunday, June 19, 2011

CRAZY!!! chocolate cake

Assalamualaikum....

Cerita untuk hari ni pasal kek coklat.. tapi kenapa sampai boleh jadi gila?? Mungkin hasilnya yang lain dari yang lain.

 Adakah seperti ini?

Ataupun ini?

Kek ni sebenarnya tak gila pun. Kalau sesiapa yang makan pun tak akan jadi gila. Nama dia Crazy sebab cara buat kek yang senang, moist.. dan tak guna telur.. 

Nak tahu lebih lanjut? Boleh lihat di sini.


Dari meja penulis: Boleh cuba kek ini di rumah untuk tetamu, diri sendiri, saudara mara atau keluarga anda terutama bapa anda sempena hari bapa. Selamat Mencuba. Selamat Hari Bapa!!!



Friday, June 17, 2011

Pengkhianatan

Assalamualaikum...

(apa salah si kucing hitam itu?)

Pernah tak anda rasa dikhianati? tipu la tak pernah. Buktinya, banyak cerita dekat tv sekarang ni asyik cerita pasal khianat je? Kukuh ke bukti tu? Ke tersasar jauh? huhu. 

Sesiapa yang pernah rase mesti 'panas' hati kan. Kadang2 pengkhianat tu datang dari orang yang kita paling percaya sekali. Kalau mengikut sejarah pengkhianat yang paling terkenal dikenali sebagai 'Si Kitol' kerana menyebabkan Melaka jatuh ke tangan Portugis. 

So, ape yang perlu kita buat? berhati hatilah dengan orang di sekeliling anda. Tapi jangan buruk sangka pulak. Dosa ye adik2... Curiga tak salah tapi jangan sampai ke tahap langsung tidak mempercayai orang lain. Ingat!!! manusia itu bersaudara. Pandai2 la kita menilai dan menjaga diri kita sendiri. 

Thursday, June 16, 2011

Kene Block la Pulak~

Senarai di atas merupakan file sharing yang telah di block di internet (diambil dari the star). Walaupun cerita ni telah banyak diperkatakan, tapi aku tetap nak tulis jugak....huhu....Bayangkan, disebabkan tindakan kerajaan mem'block' laman2 web tersebut, habis 41 website kerajaan diserang hacker. Ini semua gara2 tak puas hati sebab bagi mereka kerajaan telah melanggar hak asasi manusia.Sebelum ni, pihak yang menggelar diri mereka 'Anonymous' dikatakan memberi ancaman ingin menggodam website kerajaan, tetapi kejadian semalam tidak dapat dipastikan sama ada memang benar mereka melakukan atau tidak. Menurut sumber tiada personal atau financial data yang dicuri. (berita selebihnya boleh dibaca di surat khabar) 

Hmm, bagi pihak aku, memang ada buruk baiknya kerajaan block file sharing ni. Yang baiknya, kita dapat melindungi copyright sesebuah karya seperti lagu dan filem. Bayangkan penat2 diaorang memerahkan otak dan menghabiskan duet untuk membuat sesuatu karya, kita senang2 amik secara free. Yang buruknya, kita tak dapat bende free lagi la (hehe)...tapi ada pihak mengatakan diaorang menggunakan file sharing untuk berkongsi maklumat bagi menyiapkan assignment  diaorang...walaupun hakikatnya memang ramai menggunakan file sharing untuk men'download' benda2 lain...hmm, xtau la...bak kata nabil 'lu pikir la sendiri'.

Wednesday, June 15, 2011

Monday, June 13, 2011

BAKAT

Assalamualaikum...


Hari ni nak citer pasal bakat. Kata orang seseorang itu telah dikurniakan bakat secara semula jadi sejak lahir. Ada jugak yang cakap bakat boleh dibentuk ketika seseorang itu masih kecil. Bakat kalau diasah dari kecil boleh menjadi hebat pada masa akan datang. Kalau bakat tu diasah bila dah dewasa agak sukar untuk menjadi hebat. Ada jugak yang cakap bakat bergantung pada minat. Tak kurang juga yang cakap kalau dah tak berbakat buat apa pun tak kan menjadi.  Macam2 pendapat boleh kita dengar. Teringat masa kecik2 dulu, my friend suruh aku pergi kelas melukis untuk memperbaiki lukisan aku yang hampir 100% buruk (haha). Lepas tu kawan aku yang lagi sorang mencelah " kalau da tak de bakat, pegi kelas melukis pun tak berguna". Hmm, mungkin jugak kan. Tapi terpulang bagi anda untuk menilainya sendiri. Di bawah ni aku sertakan video aksi2 hebat yang berjaya manusia lakukan. AWESOME!!!


Sunday, June 12, 2011

Betol ke? (part 1)

Assalamualaikum...

Betul ke benda2 di bawah ni berlaku? (diingatkan, benda ni hanya pendapat aku)

1. Betul ke melayu mudah lupa?

Kata2 ni diluahkan oleh Tun Mahathir suatu ketika dahulu. Pada aku benda ni ada kebenarannya. Lihat je budak2 sekarang, semuanya da senang. Erti kemerdekaan pun dah tak didalami dengan betol. Benda ni berlaku dekat aku jugak, memang susah nak memahami secara mendalam kesusahan orang dahulu sebab kita tak mengalaminya. Tapi ada jugak Melayu yang masih sedar diri, segala usaha dijalankan untuk menaikkan bangsa melayu, walaupun aku xtau sape tapi aku yakin masih ada yang prihatin sebab tak semua orang dalam satu negara tu sama perangainya. Mesti ada baik dan ada buruknya.


2. Betul ke sikap manusia mudah berubah ketika di jalan raya?

Hmmm, mungkin ada betulnya, lihat sahaja jumlah kemalangan yang semakin meningkat saban tahun. Orang baik pun boleh jadi panas baran bila di jalan raya. Mana tak 'panas' bila kita yang tengah memandu secara berhemah tapi tiba2 orang lain plak yang membahayakan nyawa kita dengan memandu secara merbahaya. Tak kurang juga dengan orang yang sukakan kelajuan. Hati diaorang ni memang kering, bawak laju mana pun rileks je. Bagi yang bekerja seharian pulak, bila da penat bekerja, kita selalu nak balik cepat, mula la bawak laju, then cilok sana, cilok sini. bahaya2. 


3. Betul ke artis yang masuk Sehati Berdansa ramai yang bercerai?

Opssss, yang ni susah nak komen. Program ni pun rasenya da tak disambung lagi. Masyarakat boleh menilai dengan sendiri. Salah cakap kang ade gak kene saman. Bak kata nabil 'Lu Pikir la sendiri'. Walaupun kita tengok memang banyak artis yang kahwin cerai, tp semua itu ada hikmah disebaliknya, mungkin benda tu akan jadi pengajaran buat kita semua. Daripada kita dok bergosip lebih baik kita bermuhasabah diri kita sendiri daripada cari keburukan orang lain.


P/S: Selami Hati, Selami Jiwa, Selami Lautan Dalam (ayat JOZAN)...huhu

Monday, June 6, 2011

SERONOK????

Assalamualaikum...

Saya SERONOK!!!! Apa yang seronok ye? HMMM..... Memori yang indah. Sehinggakan memori itu ligat berputar di fikiran sambil tersenyum simpul.... Sebenarnya, tak ada apa yang ingin diceritakan di sini. Cuma sekadar renungan bersama. Tips-tips untuk berjaya. Bukan tip (upah) ye. :D


Tepati masa

Kalau kita jadi seorang yang tepati masa, ia dapat buat orang lain rasa gembira. Tak payah nak tunggu lama-lama. Tertengok-tengok jam menantikan kehadiran kita. Tak kiralah kalau kita ada temu janji ke , nak pergi kerja atau pun ke kuliah. Senang cerita, orang tak akan marah kalau kita tak lambat.


Tidak berkira buat kerja lebih masa

Sesetengah orang sering merungut cakap masa tak cukup masa la, itu la, ini la. Bukan mudah untuk seseorang buat kerja lebih dari waktu yang di tetapkan. Mungkin kerana, banyak lagi komitmen yang perlu di fikirkan. Hakikatnya, kalau kita buat kerja dengan betul, kita sendiri yang akan merasa gembira. Kalau la masa itu boleh di bayar, mesti ramai orang yang berebut-rebut nak buat kerja sampai tak menang tangan. 


Senyum

Senyum, senyum,....  senyum, tak perlu kata apa-apa. Ececece...da macam lirik lagu la plak. Senyum penawar segala duka. Sebenarnya, kalau kita senyum dapat mengurangkan rasa stress. Kalau dalam keadaan stress nak buat kerja pun jadi tertangguh.


Meja yang kemas

Keadaan meja atau tempat kerja melambangkan keadaan fikiran kita. Kalau meja dalam keadaan berselerak, maknanya fikiran kita dalam keadaan tengah bercelaru. Kalau meja dalam keadaan kemas dan bersih, memberi gambaran bahawa diri kita adalah seorang yang bijak mengurus. Kalau bersih, kita pun selesa nak buat kerja.


Penampilan yang kemas

Penampilan yang terurus mengambarkan diri kita seorang yang teliti dalam melaksanakan tugasan yang di beri. Tidak gemar menagguh kerja dan sentiasa berfikiran positif.


Stress

Menjadikan tekanan sebagai satu motivasi dalam diri. Kita perlu pandai menguruskan dan mengawal tekanan. Setiap orang tidak terlepas dari tekanan. Walaupun tekanan itu sebesar zarah.

Dari meja penulis: Berusaha untuk berjaya agar segala kerja yang kita lakukan tidak di rasakan seperti satu bebanan. Mari renungkan dan selamat beramal.



Thursday, June 2, 2011

Pentingnya AWAK dalam hidup SAYA

Assalamualaikum...

Hmmm... hari ini kita bercerita tentang si Dia. Sangat istimewa, sangaat penting. Bukan buat saya seorang tapi buat semua makhluk yang bertaburan di muka bumi. Siapakah si Dia?? Apa istimewanya??


Inilah DIA, air.....

Pernahkan kamu terfikir, jikalau suatu hari nanti air tak ada  kat rumah, hampir semua gelisah. Terutamanya para ibu. Sibuk memikirkan macam mana nak masak, membasuh, dan memandikan anak-anak yang masih kecil. Air oh air, kalau tak ada simpanan air memang susah. Urusan harian jadi tergendala. Bagi yang bekerja, pasti mereka memikirkan macam mana nak mandi ,kalau air yang ada pun tak lepas untuk aktiviti harian macam mana nak uruskan diri sendiri. Terpaksa la pegi kedai-kedai cari air bergalen-galen, ataupun tunggu lori tangki air datang. Nak harapkan air dari tangki rumah keluar kalau keadaan tengah darurat, memang berganggut la. Pengajarannya: Simpan la air walaupun sedikit, ia amat beerti ketika keadaan darurat.


Untuk di Minum dan memasak


Kalau air tak ada, nak mandi pun kena catu air


Kalau nk basuh baju, kena tangguh dulu. Melainkan basuh basuh baju kat tepi sungai. Macam orang dulu-dulu. Jimat air kat umah.




Video ini ada kaitan dengan penggunaan air dalam kehidupan seharian sikit.


Dari meja penulis: Lebih baik tak ada elektrik, dari tak ada air.

Who Will be Next

Assalamualaikum,

Hari ni nak bercerita cikit tentang pasukan bola sepak yang aku minat iaitu Chelsea. Hari semakin hari, debaran peminat bola sepak tertumpu kepada siapa yang akan menjadi pengurus Chelsea yang baru. Bagi peminat macam aku ni, hari2 dok ngadap internet, kot2 dia umumkan dalam laman web ChelseaFC. Tapi rasenya minggu depan la kot, sebab calon yang paling hampir nak jadi pengurus Guus Hiddink masih menanti perlawanan antara Turki dgn Belgium untuk membuat keputusan. Kalau Turki kalah, dengarnya dia akan meletakkan jawatan dan ambil tugas dekat Chelsea.


Calon kedua, Marco Van Basten, memang tidak terikat dengan mana2 kelab, kiranya dia tunggu tawaran dari Chelsea je la. Bagi yang belum kenal dia, dia pernah mengurus pasukan Belanda dan Ajax.


Calon ketiga pulak Gianfranco Zola, dia ni kire legend kat Chelsea. Sebab pernah bermain di Chelsea. Dia juga pernah mengurus pasukan West Ham, tapi dengarnya, Chelsea hanya approach dia tok jadi pembantu pengurus sahaja.


Calon yang seterusnya, Andre Villas-Boas, merupakan pengurus FC Porto sekarang ni. Baru semusim bersama Porto dia sudah berjaya membawa Porto memenangi 3 piala. Dia juga berjaya membawa Porto memenangi liga tanpa kalah dan menjadi pengurus paling muda pada usia 33 tahun untuk memenangi UEFA Europa League.  Hebat jugak mamat ni. Walaubagaimanapun, sebelum ni, dia ada membuat kenyataan untuk kekal di Porto.


Pape pun nantikan sahaja pengumuman rasmi daripada pihak management ChelseaFC...Tungguuuuuu~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...